Tindakan sekumpulan peserta himpunan yang memijak gambar pemimpin adalah tidak wajar.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bersalaman dengan para perwakilan Umno Parlimen Pengkalan Chepa.
Justeru, Menteri Dalam Negeri berkata, polis akan menyiasat perkara itu dan seterusnya menyerahkan kepada pihak Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
"Politik kebencian itu satu perkara yang cukup merbahaya dalam masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama," kata beliau yang juga Naib Presiden Umno selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
No comments:
Post a Comment