Seorang
usahawan, Datuk Mohd Taufik Omar muncul membuat pengakuan bahawa
beliau adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan jet peribadi yang
digunakan oleh Ketua Pembangkang dan beberapa lagi ahli parlimen dari
Pakatan Rakyat untuk penerbangan ke Labuan, Sabah dan Sarawak baru-baru
ini.
Mohd Taufik adalah pengerusi Tjets Sdn Bhd yang bertanggungjawab
menguruskan urusan penyewaan jet-jet peribadi di sini.
“Syarikat saya hanyalah mengurus penyewaan jet peribadi,” katanya ketika dihubungi oleh akhbar The Star.
Beliau menjelaskan yang dirinya bukanlah pemilik jet berkenaan.
Usahawan
itu yang memiliki beberapa buah syarikat lagi juga enggan mendedahkan
berapakah yang dibayar untuk menyewa jet tersebut.
Mohd
Taufik telah ditanya mengenai perkara itu setelah bloger John F.
Seademon mendedahkan namanya sebagai orang yang bertanggungjawab
meminjamkan jet peribadi berkenaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan
pemimpin-pemimpin pembangkang berkenaan.
Isu
mengenai para pemimpin parti pembangkang menggunakan jet peribadi untuk
berkempen di Labuan, Sabah dan Sarawak pertama kali muncul apabila
Naib Presiden PKR, Tian Chua menayangkan foto menerusi laman sosial
Twitter pada 15 September lalu.
Ekoran daripada itu, ia menjadi bualan hangat di laman sosial bloger.
Semalam di
bangunan Parlimen, Anwar telah mempersoalkan apa salahnya beliau dan
rakan-rakannya yang lain dalam PR menggunakan jet peribadi jika ia
tidak melibatkan wang rakyat.
Jet tersebut menurut Anwar adalah ehsan daripada seorang usahawan yang dikenalinya.
Sementara itu rekod menunjukkan Mohd Taufik adalah juga presiden Persatuan Judo Malaysia.
No comments:
Post a Comment