Sebaliknya, Gooi Hock Seng, Teoh Teik Huat, Goh Kheng Huat and Ong Hock Aun walaupun sudah menyertai PKR, tetap kekal mesra dengan rakan mereka dalam DAP.
Gooi, pengamal undang-undang, berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan penceramah, termasuk bekas naib presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengalu-alukan 'kehadirannya' walaupun beliau tidak berada di situ.
"Dia kena buat kerja rumah, tidak semua bekas anggota DAP berkelakuan sepertinya. Perbezaan saya dengan DAP hanya berhubung masalah peribadi," kata Gooi.
Gooi yang juga bekas timbalan ketua DAP sehingga 1998 menafikan beliau anti parti itu. Sebaliknya, tambahnya, beliau masih mempunyai hubungan mesra dengan banyak anggota DAP.
Mungkin Tunku Aziz tidak sedar bahawa beliau sudah menjadi anggota PKR sejak tahun 2000 lagi, sindir Gooi.
No comments:
Post a Comment