Doa
peminat yang ingin melihat pelakon wanita, Anne Ngasri dengan kekasih
hatinya, Aliff Aziz berbaik dan bersatu kembali tidak menjadi
kenyataan.
Menerusi laporan akhbar BiPop, Anne mengakui yang dia dan
artis dari negara Singapura itu sudah pun putus cinta baru-baru ini.
Bagi
Anne, dia menganggap sudah tidak ada jodoh antara dia dan Aliff lagi
walaupun sudah lama menyulam rasa cinta antara diri masing-masing.
Malah,
Anne juga menafikan yang punca perpisahan itu berlaku disebabkan
tekanan dari keluarga atau pun kenyataan yang pernah dibuat oleh
kakaknya, Darling Ngasri di media.
“Sudah tiada jodoh antara kami. Tiada tarikh khusus bila kami putus cuma yang boleh saya katakan ia terjadi baru-baru ini.
“Keputusan
dibuat bukan atas tekanan keluarga atau kenyataan Darling terhadap
rakan media sebelum ini. Ia membabitkan diri saya dengan dia (Aliff)
yang cukup peribadi,” kata Anne.
Enggan
berkongsi punca sebenar hubungan cinta mereka tidak menjadi, Anne mahu
perkara itu menjadi rahsia antara dia dan Aliff sahaja.
Walaupun
hubungan mereka tidak sempat ke jinjang pelamin, Anne bersyukur kerana
dapat merasai kasih dan sayang yang diberikan oleh Aliff kepadanya.
Justeru,
dia akan tetap tabah menghadapi dugaan dalam mencari cintanya dan
berdoa supaya ditemukan cinta yang mampu mengubat luka hatinya.
“Saya perlu kuat dan kental untuk menerima keputusan ini. Saya hargai kasih sayang dan cintanya kepada saya selama ini. Tiada sekelumit rasa rugi.
“Saya perlu kuat dan kental untuk menerima keputusan ini. Saya hargai kasih sayang dan cintanya kepada saya selama ini. Tiada sekelumit rasa rugi.
“Tak
perlu saya cerita keluh kesah berdepan dengan situasi ini. Ini dugaan
kecil jika mahu dibandingkan saya pernah diceraikan ketika sedang
mengandung pada usia 2 bulan,” katanya.
Semalam,
seorang peminat setia Anne dan Aliff telah memujuk pelakon wanita itu
untuk berbaik dan memaafkan kesalahan Aliff melalui profil Instagram
Anne.
Kata peminat itu, Aliff banyak meluahkan rasa sedihnya menerusi laman sosial Twitter yang berharap agar dirinya diterima semula.
No comments:
Post a Comment