Enam
pelajar Malaysia di Britain berdepan kemungkinan diusir selepas lesen
visa institusi pengajian tinggi mereka dibatalkan.UK Border Agency
(UKBA) pada Rabu menarik balik lesen London Metropolitan University
(LMU) untuk menaja visa kepada pelajar antarabangsa dari luar Kesatuan
Eropah (EU).
Menteri
Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan
itu akan memberi kesan kepada semua pelajar bukan dari EU yang
melanjutkan pengajian di universiti tersebut.
“Pihak
berkuasa di sana mendapati universiti tersebut telah menyalahgunakan
kuasanya untuk mengambil pelajar antarabangsa, jadi lesennya telah
ditarik balik.
“Kami meminta Pendidikan Malaysia di London untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dari universiti itu,” katanya kepada The Star.
Di bawah
peraturan visa Britain, semua pelajar bukan dari EU di LMU diberi
tempoh 60 hari sama ada untuk mengemukakan permohonan memasuki insitusi
lain atau meninggalkan negara itu.
Naib Canselor LMU, Prof Malcolm Gillies dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman web universiti tersebut berkata, mereka akan berbincang dengan UKBA, Kesatuan Kebangsaan Pelajar dan kesatuan pelajarnya untuk menyelesaikan perkara ini.
Naib Canselor LMU, Prof Malcolm Gillies dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman web universiti tersebut berkata, mereka akan berbincang dengan UKBA, Kesatuan Kebangsaan Pelajar dan kesatuan pelajarnya untuk menyelesaikan perkara ini.
“Kami telah menubuhkan pusat khidmat bantuan untuk memberi sokongan dan nasihat kepada pelajar,” katanya.
Akhbar The
Sunday Times melaporkan bahawa pemeriksaan yang dilakukan oleh UKBA
mendapati beberapa pelajar yang menyambung pengajian di LMU tidak
mempunyai visa sah.
Pemeriksaan
turut mendapati universiti tersebut gagal melaporkan ketidakhadiran
pelajar antarabangsa selain penilaian keupayaan akademik pelajar dan
penguasaan bahasa Inggeris.
Prof
Gillies berkata, UKBA telah menggantung lesen visa universiti tersebut
pada 16 Julai lalu selepas bimbang bahawa sebilangan kecil pelajar luar
negara tidak mempunyai dokumen imigresen yang sah.
“Untuk
tempoh enam minggu lalu, kami terus mencuba berhubung dengan UKBA untuk
memahami keprihatinan mereka yang fokus kepada proses berkaitan legasi
pengurusan terdahulu.
“Malangnya, UKBA enggan berkomunikasi dengan universiti,” dakwanya.
Pengerusi
United Kingdom dan Majlis Eire Pelajar-pelajar Malaysia, Ahmad Syawal
Hafriz Abdullah berkata keputusan itu tidak adil kepada pelajar luar
negara yang menaruh kepercayaan terhadap institusi tersebut.
“Ia
menyebabkan pelajar sedia ada dan akan datang resah. Ia juga mungkin
mencetuskan panik dan mengecewakan pelajar asing di negara itu.
“Saya berharap isu ini akan diselesaikan segera memandangkan semester baru akan bermula tidak lama lagi,” katanya.
Menteri
Universiti Britain, David Willets berkata, sebuah pasukan petugas
ditubuhkan untuk membantu pelajar yang terjejas akibat keputusan itu
sambil menambah ia akan dilaksanakan dengan serta-merta.
Pengurusan pusat pengajian tinggi mahu mencabar tindakan UKBA.
Presiden
Kesatuan Kebangsaan Pelajar (NUS) Liam Burns berkata: “Keputusan berat
ini tidak masuk munasabah bagi pelajar, tidak munasabah buat institusi
dan tidak masuk akal bagi negara.”
Data
Majlis Bagi Pelajar Antarabangsa UK menunjukkan antara negara bukan EU
yang menghantar pelajar masing-masing ke negara Eropah itu ialah
China, India, Nigeria, Amerika Syarikat, Malaysia, Hong Kong, Arab
Saudi, Pakistan, Thailand dan Kanada.
Menteri
Imigresen, Damian Green berkata, universiti itu telah “kehilangan
status diamanahkan” memandangkan satu kajian menunjukkan satu per empat
penuntut luar negara tidak ada kebenaran untuk berada di UK.
“Kebanyakan penuntut tiada penguasaan standard bahasa Inggeris yang baik,” kata Green.
Selain itu katanya, tiada bukti menunjukkan separuh daripada mereka hadir kuliah.
“Pelanggaran itu adalah sesuatu yang serius,” kata beliau lagi.
No comments:
Post a Comment