Bajet 2013 Beli Rumah
Ke-3 : Baru-baru ini iProperty (portal hartanah) ada buat kaji selidik
yang menunjukkan di sini 98% peratus daripada penduduk Klang Valley
sendiri bimbang dengan kenaikan harga hartanah melebihi daripada
kemampuan mereka. Bagaimana pula dengan anda?
Hasil Daripada Kajian iProperty
Menurut
laman portal hartanah berkenaan, walaupun Bank Negara Malaysia (BNM)
telah memperkenalkan peraturan baru pembiayaan berhemah awal tahun ini,
namun :
- Hanya 54 peratus sahaja responden percaya tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan peraturan baru dengan mengetatkan pinjaman bermula awal tahun berjaya mencapai matlamat. Apa pula kata anda?
- Lebih 43 peratus responden memiliki dua buah rumah atau lebih, manakala 25 peratus responden masih gagal memiliki walaupun sebuah rumah. Anda di kelompok yang mana satu?
Bajet 2013 : Melonggarkan Syarat Pinjaman Pembelian Rumah Ketiga
Dan
sekarang pelbagai pihak telah tampil memberikan usul dan cadangan
supaya dapat “membela nasib pihak disebelah mereka”. Terbaru, beberapa
syarikat pemaju termasuklah UEM Land, Kumpulan Emkay dan lain-lain di
Cyberjaya sudah mula “mengadu nasib” dengan kerajaan supaya melonggarkan
syarat pinjaman khususnya untuk pembelian rumah ketiga bagi membolehkan
lebih ramai melabur dalam bidang hartanah seterusnya merangsang
pertumbuhan sektor hartanah negara. Itu kata mereka.
- Merangsang ekonomi? Betul ker ni? Sebenarnya usul dan cadangan seperti ini dipanggil sebagai “menjaga tembolok sendiri”
- Bukannya mengekang buble, malah bakal menambah apa yang dipanggil sebagai “property bubble”
- Bagaimana dengan nasib golongan yang tidak mempunyai rumah, pernah mereka fikirkan?
Bagi
kami mereka ini hanya mampu bermimpi di siang hari dengan membuat
permintaan seperti itu. Tetapi tiada yang mustahil jika ada “kuasa yang
luar biasa” membenarkannya. Ehem….Sebabnya yang beli hartanah yang
bernilai tinggi ini adalah “orang-orang itu” juga.
Tanya
kami? Betul….kalau mahu ikutkan sifat tamak memang suka cadangan
sebegini rupa, secara jujurnya kami bersetuju pada awalnya. Tetapi
jikalau diperhatikan secara teliti cadangan seperti ini, ia lebih
memberikan keburukan daripada kebaikan untuk tempoh jangka masa panjang.
Kelonggaran
jumlah pembiayaan akan menyebabkan harga rumah akan terus naik. Sebab?
Sudah ada kelonggaran. Misal kata kami tidak menggunakan kelonggaran
ini, ramai lagi yang akan menggunakan peluang keemasan seperti ini untuk
mengumpulkan lebih banyak portfolio hartanah mereka. Akhirnya, pemaju senyum sehingga ke telinga manakala yang berpendapatan rendah dan serdahana yang pendapatan ala-ala cukup makan yang mampu memandang sahaja.
“Kalau nak longgarkan seperti yang diminta, keadaan ekonomi negara akan menjadi tidak sihat kelak”
Jadi,
sangat-sangat tidak setuju. Jurang yang kaya dengan yang berpendapatan
rendah semakin meningkat. Walaubagaimanapun, boleh dilonggarkan TETAPI
dengan syarat :
- Harga rumah tersebut mestilah bernilai RM500,000 ke atas
- Ini kerana ada sesetengah pelabur yang beli 3/4 biji rumah kos rendah/sederhana bernilai antara (RM100k – RM300k) yang mana ini tidak adil kerana menidakkan peluang rakyat marhaen lain. Kalau yang berkemampuan “terlebih” itu bolehlah membeli hartanah yang bernilai tinggi pula. Tiada masalah..
Sempena
pembentangan Bajet 2013 kami ada beberapa cadangan untuk membendung
harga rumah di Malaysia dan ia tidaklah sesukar mana. Contohnya, apa
yang perlu dilaksanakan ialah :
- Kenaikan RPGT 30% – 40% untuk hartanah yang dijual bawah daripada tempoh 5 tahun. Kenaikan harga hartanah kediaman berpunca daripada pembelian spekulatif. Apabila kerajaan melonggarkan cukai keuntungan harta (RPGT) ekoran krisis ekonomi, ia mencetuskan aktiviti spekulatif yangmeningkatkan harga menjadi semakin lebih tinggi. Sedangkan RPGT sebelum 2007 adalah 30 peratus untuk mereka yang menjual hartanah mereka dalam tempoh setahun pembelian.
- Kerajaan mesti hadkan pembelian secara pukal oleh syarikat-syarikat hartanah ini daripada bolot semua rumah/lot kedai di kawasan perumahan baru, kemudian mereka letakkan iklan untuk dijual dengan harga yang lebih tinggi. Bila ada individu yang benar-benar nak beli, pemaju kata dah habis. Hakikatnya sold out kepada geng-geng hartanah. Penyudahnya, geng-geng hartanah buat untung atas angin dengan jual semula rumah-rumah tersebut dengan harga yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan manipulasi. Dan manipulasi sebegini perlu dihentikan segera
- Tarik balik pengecualian cukai RM10,000 daripada cukai pendapatan
- Hadkan tempoh pinjaman rumah setakat 25 tahun sahaja.Ini ada yang kami tengok sehingga 40 tahun pun khas untuk kakitangan kerajaan. Agak-agaknya kalau boleh dipanjangkan kepada 3 generasi (70 tahun) pun mereka akan buat. Tidak mustahil.
- Pemilikan rumah oleh warga asing ditutup buat masa ini
- Akhirnya sekali, kerajaan perlu sediakan satu mekanisme dengan mengetatkan syarat rumah untuk PR
- Anda ada cadangan untuk ditambah di sini??? (Sila kongsikan di ruangan komen di bawah)
- Atau ada yang tidak bersetuju dengan cadangan kami, dipersilakan berkongsi pandangan anda pula?
Diharapkan pihak kerajaan dalam pembentangan Bajet 2012
ada mekanisme yang sesuai dengan mengenakan syarat supaya
spekulator-spekulator ini tidak ambil jalan mudah untuk mengaut
keuntungan secara berlebihan. Seperti mana yang dilaungkan oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak :
“Rakyat didahulukan/diutamankan, Pencapaian diutamakan”
Ini
semua dilakukan dengan harapan harga rumah dapat berada pada paras
stabil semula dan sebenarnya perkara ini mengambil masa tetapi jika kita
tidak bermula sekarang, adakah kita perlu untuk terus menunggu seperti apa yang terjadi kepada hartanah di Sepanyol, baru kita mahu melatah?
P/S
: Disebabkan NPL (pinjaman tak berbayar) yang tinggi melibatkan
pinjaman-pinjaman bernilai rumah bernilai RM100,000 akhirnya bank-bank
bertindak mengetatkan lagi pinjaman untuk lingkungan nilai ini
berbanding rumah yang berharga RM100,000 dan ke atas. Kasihan mereka
yang berpendapatan rendah dan cukup makan sahaja. Sedangkan golongan
inilah yang sepatutnya dibantu..
No comments:
Post a Comment