Wednesday, July 25, 2012

Parti politik baharu di Sabah

SINAR HARIAN

KOTA KINABALU - Sekumpulan Kadazandusun dikatakan akan menubuhkan satu pergerakan politik yang mungkin bekerjasama dengan pakatan pembangkang, sumber berkata di sini, hari ini.
  
Dikenali sebagai Barisan Pembaharuan Sabah (SRF-Sabah Reform Front) , penubuhannya dijangka diumumkan secara rasmi di Dalit, Tuaran, Ahad ini.
  
Sumber itu juga berkata penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri satu perhimpunan khas di Tuaran pada tengah hari Ahad.
  
Anwar juga dijangka menghadiri satu lagi majlis di Beaufort.
  
Orang dalaman parti pembangkang menyebut Tuaran dan Beaufort merupakan kawasan di mana mereka mungkin mendapat sokongan. - Bernama

5 comments:

mantera said...

di Sabah lah paling byk parti politik.

Unknown said...

SRF bukan parti politik

Unknown said...

Tunggu dan lihat apa yang terjadi pada 29hb ni

Unknown said...

Bagus juga bertambah lagi parti ini. Sekurang-kurangnya rakyat tahu dimana yang perlu disokong nanti.

Unknown said...

Tidak hairan lagi kalau di Sabah ini muncul pelbagai parti akan datang.