Tuesday, July 24, 2012

Lajim jumpa Nik Aziz di Kota Bharu


MALAYSIA CHRONICLE


KOTA BHARU- Ketika panas cerita tentang kedudukan Datuk Seri Panglima Lajim Ukim dalam Umno, tiba-tiba hari ini Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mengunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kedua-duanya kelihatan berbual mesra di pejabat Menteri Besar Kelantan itu hari ini.

Bulan lalu, Lajim mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.

Difahamkan pengumuman berkenaan dibuat pada majlis sambutan Ulang Tahun ke-57 kelahirannya pada Sabtu bulan lalu.

"Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telahpun di hantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu.

"Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat," katanya yang dipetik daripada portal berita New Sabah Times pada Isnin.

Sebelum ini Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Beaufort.

Menurut laporan itu lagi, Lajim berkata beliau masih 'pemimpin kerajaan' dan masih meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan.

Pada perjumpaan tengah hari tadi, Anggota Parlimen Beaufort itu mengambil masa kira-kira 40 minit bertemu dengan Tuan Guru.

Turut serta bersamanya 25 orang lagi anggota rombongan yang ingin bertemu dengan Tuan Guru.
Pelbagai isu dibincangkan diperingkat kerajaan termasuk alam sekitar dan cadangan kerjasama berhubung pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Tuan Guru ketika ditemui memberitahu, setakat ini cadangan untuk kerjasama dengan kerajaan Pusat berhubung pengurusan sisa pepejal akan dibincang diperingkat kerajaan terlebih dahulu.

Pada masa yang sama, katanya taklimat khas berhubung perkara itu perlu diberi taklimat terlebih dahulu oleh pihak berkenaan kepada kerajaan negeri sebelum keputusan diambil.

“Saya tidak boleh membuat keputusan sekarang walaupun pertemuan telah dibuat dengan anggota exco kerajaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Lajim untuk mengadakan kerjasama di bawah kementeriannya dengan kerajaan negeri dalam memelihara alam sekitar terutama sampah sarap.

Katanya, setakat ini semua kerajaan negeri yang dibawah pentadbiran kerajaan BN menerima cadangan kementeriannya

Bagaimanapun, menurutnya kerajaan negeri seperti Kedah dan Selangor belum bersedia.

“Kita berharap semoga kerajaan negeri menimbang cadangan kerajaan ini untuk kebaikan masa depan,” ujarnya.

Sementara itu, pengarah perbadanannya bahagian negeri Kelantan, Datuk Afandi Hamzah, ketika memberitahu Tuan Guru, kerajaan Pusat membelanjakan sejumlah RM1.7 juta bagi menyediakan tong sampah di negeri itu.

Sambungnya, tong sambah berkenaan diberi secara percuma kepada seluruh majlis daerah di negeri ini.
-harakahdaily

11 comments:

mantera said...

pasti ada sebab mereka berjumpa, adakah Lajim nak sertai PAS?

Unknown said...

Lajim memang suka menafikan tapi last2 apa yang tersebar ada kebenarannya. harap Lajim beri penjelasan dan tetapkan pendirian beliau.

kamilla said...

Lajim perlu segera memberi keyataan, jangan buat rakyat tertanya2.

kamilla said...

Mungkin ini sekadar perjumpaan biasa sahaja. Takkan lajim nak sertai pas.

Paquin said...

Macam sengaja pula si Lajim ni mempopularkan diri. hehehe

Paquin said...

Tapi janganlah kita membuat kesimpulan terburu-buru. Siapa tahu perjumpaan ini sekadar perjumpaan biasa:)

Paquin said...

Apapun, kita lihat sajalah nanti. Bahang PRU kian terasa dan tak mustahil bila-bila saja pun PRU13 akan diumumkan.

Unknown said...

Ini pasal urusan rasmi la

Unknown said...

Mustahil Lajim masuk PAS

Sanih Alias said...

Kita lihat sebenarnya Lajim mungkin ada hal yang tersendiri berjumpa dengan Nik Aziz.

Sanih Alias said...

Beliau mahu menyertai PAS atau tidak semua itu ditangan beliau sendiri dan tidak ada halangan.