MUTAKHIR - KUALA LUMPUR — Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing mengisytiharkan
keluar daripada Barisan Nasional dan akan menyertai Pakatan Rakyat
dipercayai melalui parti Angkatan Perubahan Sabah yang baru diumumkan
penubuhannya.
Posting Asal
PENGUMUMAN
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Lajim Ukin yang
beliau menarik diri daripada Umno dan akan bekerjasama dengan Pakatan
Rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang pastinya bukan berita
yang diharapkan oleh Perdana Menteri merangkap presiden Umno, Mohd Najib
Abdul Razak.
Tetapi
tindakan Lajim itu tidaklah pula sesuatu yang baru atau memeranjatkan.
Ramalan mengenai kemungkinan beliau menarik diri daripada Barisan
Nasional dan menyertai pembangkang sudah berbulan lamanya.
Beberapa
bulan lalu, timbul cakap-cakap bahawa beberapa pihak yang tidak puas
hati dengan Mohd Najib di Sarawak dan Sabah akan berpakat bagi menentang
BN di dua buah negeri itu.
Bagaimanapun,
perselisihan pendapat antara Mohd Najib dan kepemimpinan BN Sarawak,
khususnya mengenai kedudukan Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri,
telah diatasi. Ramalan mengatakan Abdul Taib tidak akan dipaksa
meletakkan jawatan.
Penarikan
diri Lajim daripada semua jawatan dalam Umno adalah tamparan hebat
terhadap Mohd Najib yang cuba mewujudkan gambaran bahawa beliau
mempunyai kawalan penuh ke atas politik di dua buah negeri Borneo itu.
Selain menjadi ahli Majlis Tertinggi Umno, Lajim adalah juga ketua
bahagian Umno Beufort dan pengerusi BN Beufort.
Mohd
Najib sendiri berkata yang peletakan jawatan Lajim adalah sesuatu yang
dijangkakan buat beberapa ketika dan beliau akan membuat keputusan esok
(Isnin) mengenai kedudukan Lajim sebagai Timbalan Menteri.
Sebaik
mana pun Perdana Menteri cuba menyembunyikan kehampaannya terhadap
perkembangan di Sabah itu, hakikatnya ia adalah petanda yang tidak
positif bagi BN, khasnya di Sabah.
Sambil
merujuk kepada peletakan jawatan Datuk Onn Jaafar sebagai presiden
Umno, Mohd Najib berkata penarikan diri oleh ahli Umno bukanlah sesuatu
yang baru. Yang lebih penting, kata beliau, adalah kesetiaan kepada
parti.
Setelah
kehilangan pengaruh di kawasan-kawasan Cina pada pilihan raya negeri
(PRN) Sawarak pada April tahun lalu, pergantungan BN kepada Sabah
menjadi lebih besar. Dua buah negeri Borneo itu sering disebut sebagai
“fixed deposit” atau simpanan tetap kerana jaminan sokongan yang padu
kepada BN.
Pada
PRU 2008, BN menang 30 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak dan 24
daripada 25 di Sabah berbanding 85 yang dimenangi di Semenanjung dan
sebuah di Labuan.
Tetapi,
selepas kemaraan besar DAP dalam PRN Sarawak adalah dikhuatiri yang BN
mungkin kehilangan sehingga enam kerusi Parlimen di Sarawak jika trend
PRN itu berterusan.
Dengan
penarikan diri Lajim, tabung simpanan tetap BN di Sabah telah retak dan
jika merebak, pergantungan BN terhadap negeri bawah bayu itu akan
menjalin lebih tidak terjamin.
Di
Sabah, taat setia politik bolehlah diumpamakan seperti pasir di pinggir
pantai – sentiasa berubah. Penarikan diri Lajim boleh membawa kepada
pemberontakan besar-besaran seperti yang terjadi pada PRU 1990.
Soalnya,
masalah Mohd Najib dan BN di Sabah tidak terhad kepada Lajim seorang
saja. Beliau juga perlu membuat keputusan mengenai kedudukan Ketua
Menteri, Musa Aman, dan pergiliran jawatan Ketua Menteri antara Islam,
Bumiputera bukan Islam dan Cina yang dimansuhkan oleh pendahulunya,
Abdullah Ahmad Badawi.
5 comments:
Mungkin ada kesan jugalah tapi rasanya takkan mempengaruhi sokongan rakyat terhadap BN. Itupun kalau BN mampu buktikan pada rakyat mereka layak disokong:P hihi
So all the best kepada semua parti dan calon yang akan bertanding nanti.
ia rasanya takkan menguggat sanggt kedudukan BN, Bn akan tetap kukuh walaupun tanpa Lajim.
Tidak ada yang hebat dan menarik mengenai perletakkan jawatan oleh Bumburing itu.
bagus juga apa yang dibuat oleh Lajim. Sekurangnya hilang juga beban kepada BN mengenai pemimpin yang dari dulu menimbulkan persoalan kepada BN.
Post a Comment