Pertubuhan
Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meminta Datuk Seri Lajim Ukim
melepaskan jawatannya sebagai timbalan menteri perumahan dan kerajaan
tempatan serta sebagai ahli Umno.
Naib Presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin berkata, perkara itu perlu dilakukan Lajim sebagai menghormati prinsip demokrasi memandangkan perjuangan bekas ketua Umno Beaufort itu sudah lagi tidak sehaluan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
"Kita hormati keputusan beliau dengan semangat demokrasi dan hak dia untuk memilih wadah perjuangan dia. Dalam waktu yang sama, demokrasi juga mewajibkan Datuk Lajim untuk meletakkan jawatan kerana itu juga prinsip demokrasi.
"Dan hak perdana menteri untuk memilih dan tentukan siapa ahli kabinetnya. Tidak ada jalan lain lebih bermaruah dan demokrasi selain daripada letak jawatan dan teruskan perjuangan dengan wadah yang dia pilih," katanya pada sidang media selepas majlis berbuka puasa PERKASA malam tadi.
Sabtu lalu, Lajim, 57, mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuat kuasa serta merta. Beliau sebelum itu meletakkan jawatan sebagai Ketua Umno Cawangan Kerambai Kebatu.
Beliau juga menyatakan menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk memutuskan mengenai keanggotaannya dalam
parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung jawatannya sebagai timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan.
Selain itu, Zulkifli turut menasihatkan penduduk Sabah agar tidak terpedaya dengan slogan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat iaitu 'Sabah untuk Sabah' yang menurutnya seperti kembali ke zaman sebelum merdeka
"Kita harus pandang ke hadapan. Sabah kini sebahagian daripada Malaysia. Kita sepatutnya menghormati pendirian rakyat Sabah dan tak patut putar jam balik ke belakang kepada perpecahan negara. Orang yang amalkan politik ini wajib ditolak," kata Zulkifli lagi.

3 comments:
Lajim ni Langkah demi langkah dia ambil. kenapa tidak terus letak semua jawatan dan keluar terus dari parti sekaligus??memang mau minta simpati rakyat..
Wajarlah terus keluar UMNO sebab Lajim sudah memperlihatkan sokongan terhadap pakatan rakyat.buat apa mau stay lagi.
Lajim dah kena lucut jawatan timbalan menteri. dia patut keluar UMNO ja.
Post a Comment