Monday, September 5, 2011

Siapa Pejuang Kemerdekaan Sebenar?

DETIK DAILY


Dalam perjuangan untuk mencapai kemerdekaan, gerakan nasionalisme Melhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxzNSl8t7QMEGHDL7W0HxzBTa190uQF7yRLFmtWWRWH9Ck7vu107wCfjbq8sp24VosbWZCMC1HqvrYmXE9BXVP205zowcQFKq0lu5ca4enkWfU_HKveeWUhtQxq0FbzedetXsiBD1VMZVc/s1600/gerakan+kiri+melayu+3.jpgayu terbahagi kepada aliran kiri dan aliran kanan. Aliran kiri dipelopori oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM), diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Muda (PKMM) dan badan gabungannya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Tanah Air (BATAS).

Aliran kanan pula dipelopori oleh persatuan Melayu negeri-negeri dan diteruskan oleh United Malays National Organisation (UMNO) dan berjaya mencapai kemerdekaan.

Perjuangan nasionalisme aliran kiri memang tidak berjaya mencapai matlamatnya. Gerakan nasionalis kiri terpinggir dan terkeluar dari arus perdana kerana tekanan penjajah dan hanya mendapat sokongan daripada golongan minoriti Melayu.

Namun satu kelompok kecil dari kalangan pemimpin gerakan nasionalis kiri Melayu telah memilih jalan lain untuk meneruskan perjuangan mereka.

Mereka menyertai perjuangan bersenjata mulai 1948 bersama Parti Komunis Malaya (PKM) setelah mendapati perjuangan secara damai tidak dapat diteruskan lagi.

Perjuangan mereka ini hanya berakhir dengan termeterainya perjanjian damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989 di Haadyai.

(Gerakan Kiri Melayu Dalam Perjuangan Kemerdekaan, Prof Madya Dr Mohamed Salleh Lamry )

No comments: