Sunday, September 4, 2011

Politik Perut Buncit Otak Kempes Awang Adek

MSO

BEKAS bakal MB Kelantan yang kalah di dua kerusi Parlimen dan Dun dalam pilihan raya lalu mengatakan kerajaan Kelantan tidak mampu untuk mengatasi kesesakan jalan raya di Kelantan. Ini katanya kerana kerajaan Kelantan tidak ada perancangan untuk mengatasi masalah itu. Kita akui akan kesesakan jalan raya berlaku di Kelantan terutamanya setiap kali menjelang hari raya, atau cuti umum yang panjang. Kemuncak kesesakan ialah paa hari raya.

Kemasukan kereta luar meningkat berkali ganda berbanding hari biasa adalah puncanya. Pada hari raya anak-anak Kelantan yang berada di luar akan pulang ke kampung halaman. Kepulangan itu adalah tradisi rakyat Kelantan sekaligus menunjukkan orang Kelantan mengambil berat mengenai kampung halaman dan kaum keluarga di kampung. Kata orang sejauh mana selaung melauk akhirnya akan kembali ke lubuk juga.

Di sini tidak timbul soal kerajaan Kelantan tidak mampu atau pun tidak tahu merancang. Hakikat kerajaan Kelantan tidak mampu itu harus diterima. Peruntukan untuk membena jalan raya bukan sedikit. Pendapatan Kelantan yang bersumberkan hasil tanah dan hutan serta cukai tidak seberapa. Pendapatan itu hanya cukup membayar gaji pegawai kerajaan saja.

Kelantan memerlukan bantuan dari kerajaan pusat. Malangnya bantuan itu dinafikan atas permainan politik mundur ke belakang oleh Umno. Kelantan yang seharusnya mendapat peruntukan menurut semangat federalisme dinafikan. Kalau pun ada peruntukan yang diberikan ia tidak sepenuh seperti mana negeri-negeri lain.

Jalan raya yang sering mengalami kesesakan seperti Kota Bharu – Kuala Krai, Kota Bharu – Pasir Puteh, Kota Bharu – Tumpat adalah melibatkan jalan-jalan di bawah tadbir Persekutuan. Jalan-jalan ini dalam tanggungjang dan seliaaan JKR – Persekutuan. Kalau jalan ini menimbulkan masalah yang salahnya ialah kerajaan Pusat kerana pengabaidannya.

Awang Adek sebagai Timbalan Menteri Kewangan tahu akan hakikat ini. Sebagai anak Kelantan beliau tidak sepatutnya mengkritik – yang tidak memberi apa-apa kebaikan untuk rakyat negerinya sendiri. Sepatutnya beliau berusaha untuk memperbesarkan jalan berkenaan. Berikhitar dan menggunakan kuasanya selalu jemaah menteri kabinet. Wang royaliti Petronas yang sepatutnya dibayar kepada Kelantan seharusnya dilepaskan untuk belanja membina jalan dan membangun apa-apa prasana lain.

Anihnya kenapa Awang Adek tidak mahu berusaha membawa peruntukan itu bagi mengatasi masalah keseskaan jalan raya. Dengan mengkritik kerajaan Kelantan ia tidak menyelesaikan masalah. Apakah kerana Kelantan hari ini di bawah Pas maka peruntukan perlu ditangguhkan? Sekali lagi kalau itulah pendapat dan pendekatan politik Awang Adek ia surut ke belakang. Ertinya politik Umno tidak dinamik dan progresif. Awang Adek dan pemimnpin Umno lain bukan mereka yang ikhlas untuk membantu rakyat Kelantan.

Orang yang cuba memanipulasikan hak rakyat Kelantan untuk kemenangan diri sendiri adalah jenis munafik dan oportunis. Selamanya tindakan sebegitu tidak akan memberi kebaikan dan keuntungan kepada Awnag Adek dan Umno. Seharusnya Awang Adek belajar dari sejarah, bagaimana diskriminasi, penganiayaan kepada rakyat Kelantan telah menjahamkan Umno.

Satu masa dulu Umno mengamalkan dasar apartied di Kelsantan. Rakyat Kelantan yang memberi sokongan kepada Pas ditindas dan dijera dengan menafikan projek. Itulah adalah percubaan dan strategi ketika itu. Ternyata penindasan itu tidak memberi bekas. Sepatutnya Umno insaf bahawa kesan penindasan itu bukan saja terkena ke atas kepala orang Pas tetapi orang Umno juga. Umno sepatutnya ingat bahawa kurang 55 persatus lagi rakyat Kelantan adalah mereka yang menyokong Umno.

Biarpun rakyat Kelantan dijera begitu sekali tetapi ia tidak memberi apa-apa impak. Rakyat Kelantan tetap juga menyokong Pas dan menolak Umno. Umno kena kaji kenapa ini berlaku dan mereka perlulah mengubah pendekatan dan strategi politik.

Mereka sepatutnya membuang pendekatan lama yang diamalkan oleh pemimpin terdahulu. Jaras-jaras politik stail Annuar Musa hendaklah dibuang jauh. Bagai mana Annuar Musa semasa menjadi menteri dulu menafikan apa-apa pembangunan untuk Kelantan kecuali memewahkan kawasannya sahaja perlu dijadikan panduan. Walhasilnya kerana pendekatan sebegitu akhirnya Annuar sendiri dihukum oleh rakyat Kelantan dan termasuk rakyat Ketereh yang dimewahnya selama ini.

Awang Adek sewajarnya sedar akan sikap dan perwatakan orang Kelantan ini. Selagi Umno tidak mahu mengubah strategi dan tetap berpegang kepada stail lama maka selama itu Umno tidak akan menang.

Rakyat keantan adalah masyarakat yangh tahu menilai. Masyarakat yang bebas dan berdikari dalam kehidupan mereka. Apabila Umno tidak ikhlas dan mengkhianati mereka mereka akan membalas dengan kejamnya. Rakyat Kelantan tahu akan ketidakmampuan Kelantan seperti kata Awang Adek katakanm itu. Tetapi kenapa rakyat Kelantan tetap dengan Pas kerana mereka tahu akan keikhlasan dan kejujuran pemimpin Pas.

Kepada Awang Adek, Mustapa Mohamed juga dan lain-lain pemimpin ubahlah pendekatan kalau mereka mahukan rakyat menerima Umno. Buanglah stail lama. Politik diskiminasi, menganiaya orang lain ataupun hipokrasi jangan diamalkan lagi. Cubalah membuat anjakan dalam politik dengan bersikap profesional meletakkan demokrasi itu seadilnya. Jangan kerana tidak menang rakyat seluruhnya perlu dihukum.

Mereka yang tersekat di jalan raya berjam-jam di Kelantan itu bukan saja orang Pas dan PKR tetapi mereka juga termasuk orang Umno. Jadi jelas cara politik Awang Adek ia bukan menganiayakan orang Pas dan PKR tetapi turut menzalim orang Umno. Kalau begitulah cara berfikir Awang Adek maka jelas orang melihat perut Awang Adek saja buncit tetapi akalnya kempes.

No comments: