Sunday, September 4, 2011

Lelaki cedera disimbah asid di Sandakan

UTUSAN ONLINE

SANDAKAN - Seorang lelaki cedera dimuka akibat disimbah dengan cecair dipercayai asid oleh seorang penunggang motosikal di Batu 9 Jalan Labuk dekat sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supritendan Fadzil Mohd Ali berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 12 tengah hari ketika mangsa yang berusia 43 tahun itu dalam perjalanan menuju ke rumah rakannya.

Katanya, mangsa yang memandu sebuah kereta bersama isteri dan dua anak mereka tiba-tiba dihalang oleh sebuah motosikal yang ditunggangi oleh seorang lelaki.

Menurutnya, mangsa kemudian turun dari keretanya untuk bertemu lelaki itu dan berlaku pertengkaran di antara mereka.

Beliau berkata lelaki berkenaan kemudian bertindak menyimbah cecair dipercayai asid ke muka mangsa dan terus melarikan diri.

"Mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Duchess Of Kent oleh isternya dan keadaannya kini dilaporkan stabil,” katanya di sini hari ini.

Fadzil berkata, polis sedang menyiasat motif kejadian dan telah mengenal pasti identiti suspek dengan gerakan mengesannya sedang giat dilakukan. - Bernama

1 comment:

Elih Japahar said...

Makin menjadi-jadi kes ni hermmmm....:( kerajaan please buat sesuatu !!!...

http://elihjapahar.blogspot.com/2011/09/wujudkan-akta-penjualan-asidcecair.html