Aslani M
|
JELI: Umat Islam di negara ini sedia maklum laungan takbir Hari Raya Aidilfitri hanya sunat dikumandangkan sebelum solat sunat Aidilfitri diadakan. Berlainan dengan dengan Hari Raya Aidiladha di mana takbir raya boleh dialunkan sehingga empat hari termasuk hari-hari tasyrik. Namun lain pula yang berlaku di rumah terbuka Ketua Umno Jeli, Datuk Mustapa Mohamad pada 3 Syawal lalu apabila laungan takbir dikumandangkan pada hari raya ketiga. Seorang penduduk mendakwa pemimpin Umno terbabit bersama anggota jawatankuasanya bertakbir beramai-ramai pada program hari terbuka yang diadakan di Darul Falah. “Saya pun hairan mengapa pula bertakbir raya pada 3 Syawal, sedangkan setahu saya takbir Hari Raya Aidilfitri hanya disunatkan sebelum solat sunat Aidilfitri. “Namun lain pula yang berlaku di kediaman Datuk Mustapa apabila mereka bertakbir Hari Raya pada 3 Syawal. Sekali ingat hendak gelak juga,” katanya yang enggan dikenali. Seorang lagi pula mendakwa orang ramai yang hadir tidak mengikut pemimpin Umno bertakbir, sebaliknya asyik melihat sahaja gelagat mereka. Seorang guru agama dari Pondok Sungai Durian berkata, umat Islam hanya disunatkan bertakbir Hari Raya Aidilfitri sebelum solat hari raya dan selepas itu tidak lagi disunatkan. “Hendak bertakbir pada waktu lain tidak menjadi kesalahan tetapi masanya sudah habis kerana takbir pada Hari Raya Aidilfitri disunatkan sebelum solat sunat Aidilfitri. “Kalau hendak buat juga tidak ada lagi pahala sunat seperti diajar agama Islam. Amalan bertakbir itu berlaku di luar waktu ditetapkan,” katanya ketika dihubungi di sini. Timbalan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, nampak sangat pemimpin Umno tidak mengambil berat solat agama apabila melakukan perkara mengikut akal semata-mata. Katanya, budak sekolah rendah pun tahu disunatkan bertakbir pada Hari Raya Puasa sebelum solat sunat Aidilfitri. “Mungkin juga mereka bertukar dengan bertakbir Hari Raya Haji yang disunatkan sehingga tiga hari,” ujarnya. Sebelum ini bekas Ketua Umno Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali dikatakan pernah mengajak orang ramai menunaikan solat hajat selepas solat Asar. |
Monday, September 5, 2011
Laungan takbir raya 3 Syawal di rumah Ketua Umno
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment