MALAYSIA KINI
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, kerajaan Pakatan Rakyat pimpinannya di negeri itu boleh memberikan jaminan bahawa tarif air tidak akan dinaikkan untuk kadar domestik.
Bagaimanapun, pada masa yang sama, mereka berhasrat menaikkan surcaj pemuliharaan air untuk menghukum pengguna domestik yang membazirkan air.
"Akan tetapi memandangkan Pulau Pinang mengalami penggunaan air yang paling tinggi di Malaysia sebanyak 286 liter sehari seorang, kerajaan negeri akan terus mengkaji kenaikan kadar Water surcaj pemuliharaan air untuk menghukum pengguna domestik yang membazirkan air," katanya.
Berucap dalam majlis menandatangani perjanjian penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air Pulau Pinang dan kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini, Lim juga berkata, kerajaan negeri bersungguh-sungguh untuk memeterai perjanjian penstrukturan semula bekalan air.
Turut hadir dalam majlis itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Kewangan II Datuk Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Sri Dr Peter Chin Fah Kui.
Kerajaan Pulau Pinang dan Kementerian Kewangan menandatangani persetujuan di mana Kerajaan negeri bersetuju memindahkan aset teras pengusaha air - Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) - sebagai pertukaran penyelesaian penstrukturan semula baki pinjaman Persekutuan yang dimiliki oleh Pulau Pinang.
Bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2007, semua syarikat bekalan air akan dikawal selia dan dilesenkan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Penstrukturan semula diperlukan untuk meningkatkan kualiti air dan meringankan bebanan pembiayaan pembangunan infrastruktur yang ditanggung oleh negeri dan syarikat-syarikat konsesi.
Lim bagaimanapun menegaskan empat perkara utama berhubung perkara itu, antaranya:

- Pinjaman kerajaan negeri berjumlah RM655.24 juta kepada kerajaan persekutuan akan diberikan tanpa faedah dan tanpa batasan pemsempadanan berkaitan aset air terhadap PAAB bagi tempoh 45 tahun.
- Pembiayaan projek pembesaran Empangan Mengkuang berjumlah RM1.2 bilion akan diberikan sebagai geran oleh kerajaan persekutuan.
- Segala semakan semula atau kenaikan kadar tarif air mestilah mendapat persetujuan dan kelulusan kerajaan negeri.
No comments:
Post a Comment