Jumaat, 14 Mei 2010

SPRM kesal saksi beri keterangan bercanggah

UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR - Keterangan bercanggah yang diberikan oleh saksi di mahkamah menyebabkan beberapa tertuduh kes jenayah rasuah dibebaskan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kesal dengan trend itu memaklumkan, terdapat saksi yang memberi keterangan bercanggah apabila disoal di mahkamah berbanding kenyataan yang diberikan kepada pegawai SPRM semasa proses siasatan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull berkata, setiap kertas siasatan bagi kesalahan jenayah rasuah akan dikemukakan kepada Bahagian Perundangan dan Pendakwaan untuk keputusan pendakwaan.

Beliau berkata, bahagian ini bertanggungjawab membuat keputusan sama ada untuk menuduh atau tidak individu yang disiasat berpandukan keterangan yang terkumpul dalam siasatan.

"Keterangan yang dikumpul itu adalah melalui kenyataan yang dirakam daripada saksi-saksi yang terlibat dalam siasatan kes berkenaan.

"Timbalan Pendakwa Raya (DPP) hanya akan mengeluarkan izin untuk mendakwa sebagaimana peruntukan Seksyen 58 Akta SPRM 2009 yang menyatakan bahawa 'Pendakwaan sesuatu kesalahan di bawah akta ini tidak boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan Pendakwa Raya'," ujarnya dalam kenyataan di sini hari ini.

11 ulasan:

tombolo berkata...

percanggahan keterangan ini boleh merumitkan lagi siasatan SPRM. diharap para sakasi harus lagi jujur dalam memberikan ketrangann

somboi berkata...

tindakan boleh diambil terhadap sesiapa yang memberi keterangan palsu.
ini selaras dengan Seksyen 27 (1) Akta SPRM 2009, setiap individu membantu siasatan jenayah rasuah dikehendaki memberi kenyataan benar kepada pegawai SPRM dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.

oleh itu, janganlah kita memberi keterangan yang bercanggah kepada mahkamah.

kitakita berkata...

Kerjasama semua pihak yang terlibat atas tuduhan kes rasuah amat diperlukan untuk menyelesaikan siasatan SPRM.

kitakita berkata...

Siasatan perlu dilakukan keatas tertuduh kes jenayah rasuah yang dibebaskan.

kitakita berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
karaabau berkata...

seharusnya saksi memberikan keterangan yang sebenar-benarnya untuk mendakwa mereka yang bersalah...ini adalah penting agar perkara seumpama (rasuah) dapat dikurangkan...

Paquin berkata...

Betul tu mandara... Saksi harus jujur semasa memberikan keterangan supaya tak dipertikaikan kesahihannya.

Paquin berkata...

Btl tu man.. Jgnlah ba main2 time bagi keterangan... kelak menyusahkan diri sendiri juga..

Paquin berkata...

Ya kitakita. utk hapuskan rasuah semua pihak harus bekerjasama. so kalau bagi keterangan tu, bagilah sejujurnya spy tak memalukan diri sendiri. hehehehe

Paquin berkata...

Btl karaabau... Kalau mmg mau tampil, tampilah dgn berani dan buatlah keterangan sejujurnya.. Jgn jadi talam dua muka krn ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

Tanpa Nama berkata...

ya. kita haruslah memberi keterangan yang benar.. keterangn yang bercanggah akan merumitkan siasatan sesuatu kes, dan kita juga akan dilabelkan sebagai pembohong..