Isnin, 24 Mei 2010

Siasat Janji Rasuah Najib di Sibu

FREE MALAYSIA TODAY


siasat najib KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pastinya telah terlupa tentang janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu berkempen pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu baru-baru ini.

Walaupun Pengerusi DAP Karpal Singh telah mengingatkan bahawa beberapa kenyataan Najib jelas melanggar kesalahan pilihan raya namun sehingga kini tidak disiasat oleh badan anti rasuah itu.

Menurut laporan Harakah, antara janji serta pengumuman yang dibuat semasa kempen di Sibu ialah:

  • Kadar penurunan premium pajakan tanah yang paling besar di negara ini sehingga 50% dari kadar asal.
  • Kolej Laila Taib akan dinaik taraf sebagai Universiti Kolej Laila Taib menjelang 2012.
  • Pusat latihan termoden dan terbesar untuk pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di bawah RMK10.
  • RM1 bilion untuk projek perparitan dan tebatan banjir.
  • RM611 juta untuk membina dan menaik taraf projek jalan raya di Sibu.
  • RM20 juta timbang bina kompleks sukan di Sibu.
  • RM18 juta bantuan kewangan kepada sekolah Cina dan sekolah mubaligh di Sibu.
  • RM18 juta untuk projek teknologi rakyat bagi membantu masyarakat pendalaman terutama di Sabah dan Sarawak.
  • RM10 juta untuk transformasi Pos Malaysia di Sabah, Sarawak.
  • RM1.12 juta untuk projek pembangunan Islam di Sibu.
  • RM1 juta untuk pembangunan semula rumah penduduk daif Kampung Jeriah.
  • RM926,200 untuk projek pembangunan masyarakat di kawasan majoriti kaum Iban di Bawang Assan, Sibu.
  • RM60,000 untuk membaik pulih dan sekolah agama dan membina gelanggang sukan futsal di Kem Rascom.
  • RM500,000 untuk meningkat prasarana SK Agama Sibu.
  • RM200,000 untuk Rela Sarawak.
  • RM100,000 untuk Persatuan Ibu Tunggal Sibu.
  • RM100,000 untuk projek makmal SK Nanga Tutus.
  • RM50,000 kepada Rela Sibu.
  • RM10,400 untuk Kampung Teknologi di setiap bahagian.
  • RM10,000 di Kampung Bahagia Jaya, Teku, Kampung Wifi pertama di Malaysia.
  • RM10,000 bagi penubuhan sebuah prasekolah.
  • RM1,000 saguhati khas kepada setiap polis zaman darurat di Sarawak.
  • Siaran TV satelit percuma kepada 200,000 penduduk kawasan pedalaman.
  • 1,000 komputer canggih percuma kepada pelajar.
  • Program komuniti SIRIM Pintar-Learning di tiga buah sekolah.

Tiada ulasan: