Isnin, 24 Mei 2010

SPRM – Laporan Siasatan Kematian Teoh Beng Hock Siap

FREE MALAYSIA TODAY


teo n MACC PUTRAJAYA: Jawatankuasa Aduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerahkan satu laporan siasatan berhubung kes kematian Teoh Beng Hock kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed di sini.

Menurut Pengerusi JK Aduan SPRM Datuk Mohd Noor Abdullah, melalui laporan itu JK Aduan telah menetapkan lapan terma rujukan dalam kes tersebut.

"Laporan itu berkaitan penyelidikan dalaman pihak kita sama ada kes itu dikendalikan dengan baik atau tidak oleh SPRM," katanya selepas majlis penyerahan laporan Tahunan Jawatankuasa Aduan SPRM 2009 di sini hari ini.

Mohd Noor bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kandungan laporan tersebut.

Tiada ulasan: