Ahad, 23 Mei 2010

Pemohon Rumah Kos Rendah Disiar Umum, Kerajaan Selangor Amal Ketelusan


TV SELANGOR

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mempertimbang untuk menyiarkan nama-nama pemohon rumah kos rendah yang berjaya di laman sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Dalam satu kenyataan media, Exco Perumahan Iskandar Abdul Samad berkata, bermula 1 Julai depan, nama pemohon berjaya akan disiarkan selama dua minggu sejurus selepas permohonan diluluskan.

Langkah ini diambil selaras dengan dasar ketelusan kerajaan negeri menghindar penyalahgunaan kuasa dan penipuan.

Orang awam diminta memantau senarai nama ini kerana kerajaan negeri mahu memastikan golongan yang memerlukan tidak terpinggir dari skim rumah kos rendah.

Buat masa ini, hanya keluarga berpendapatan seisi rumah kurang dari RM2,500 sebulan dibenarkan memiliki rumah-rumah berkenaan.

Selain dari nama pemohonan berjaya, butiran projek perumahan juga akan disiarkan.

Tiada ulasan: