TV SELANGOR
SHAH ALAM : Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadual berlangsung akhir bulan ini menjadi platform terbaik untuk memperkasa agenda perjuangan rakyat.
Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PKR yakin kongres peringkat kebangsaan ini mampu mengukuhkan lagi idealisme perjuangan parti.
Bertemakan Harapan Baru Selamatkan Malaysia, beliau berkata, empat perkara utama bakal difokuskan kira-kira 20 pembahas daripada seluruh negara.
“Pertama, parti dan keperluan untuk mengukuhkan organisasi parti. Kedua berkaitan dengan parti dan hubungannya dengan Pakatan Rakyat. Ketiga, PKR dan prestasi kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Keempat ialah aspek disiplin dan aspek penghayatan idelisme perjuangan,” katanya.
Kongress ini penting kepada PKR untuk menyuntik semangat daya juang serta menjadi platform terbaik ahli parti dalam memperkukuh rangkaian kerja sebelum PRU-13 berlangsung.
“Kongres dilihat sebagai platform menyuntik semangat juang apabila kita menghimpunkan aktivis di semua peringkat seluruh negara. Ia menjadi perhimpunan penting tahunan.
"Dengannya, kita boleh bertukar-tukar pengalaman, bertukar-tukar maklumat, mengukuhkan rangkaian kerja. Itu sudah tentu menjadikan kongress itu sebagai sangat penting,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan