Oleh Faizal Ezzany
IPOH - Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat membantah keras kehadiran lebih 150 anggota polis di dalam Dewan tetapi ditolak oleh Speaker 'Haram', Datuk R. Ganesan.
Keadaan ini mengembalikan ingatan bagaimana anggota polis serta anggota Cawangan Khas berkerumun di dalam Dewan menyebabkan suasana kecoh semasa sidang pada 7 Mei tahun lalu.
Menegangkan lagi situasi, talipon bimbit tidak dibenarkan di bawa masuk ke dalam Dewan sementara petugas media ditempatkan di dalam sebuah bilik khas yang cermin gelap dan hanya dibenarkan mendengar audio tanpa sebarang rakaman visual.
Sebentar tadi sidang Dewan Undangan Negeri Perak ditangguhkan sehingga esok pagi setelah dirasmikan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah kira-kira pukul 10.30 pagi.
ADUN Pakatan Rakyat berkumpul diperkarangan pejabat DAP negeri Perak kira-kira pukul 8.30 pagi sebelum berarak ke Bangunan Kerajaan Negeri Perak diketuai oleh Datuk Seri Mohammed Nizar Jamaluddin dan juga Speaker Dewan Undangan Negeri V.Sivakumar.
Mereka tiba 15 minit kemudian dan pihak polis mengarah kesemua mereka masuk ke perkarangan bangunan seorang demi seorang.
Pihak polis mula mengawal sekitar Bangunan Kerajaan Negeri Perak seawal 7 pagi dan beberapa laluan utama juga di tutup.
Kelihatan juga beberapa trak Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dengan 50 anggota ditempatkan di perkarangan bangunan di mana sidang Dewan diadakan.
ADUN Pakatan Rakyat telah mengemukakan sejumlah 216 soalan lisan pada sidang kali ini.
1 comment:
POLIS dah jadi anjing UMNO
Post a Comment