KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal melaksanakan retorik 1Malaysia, 'Pencapaian Diutamakan' kerana gagal mengambil tindakan tegas terhadap 'jerung-jerung' yang terlibat dengan skandal PKFZ.
Menurut Ahli Parlimen Tony Pua sudah hampir 5 bulan sejak Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) membentangkan laporan mengenai skandal RM12.5 bilion itu di Parlimen pada 4 November tahun lalu yang melibatkan salahguna kuasa, pecah amanah dan salahlaku melibatkan tokoh politik berprofil tinggi termasuk bekas Menteri Pengangkutan.
Namun sehingga kini tida ada sebarang tindakan konkrit atau pendakwaan dibuat terhadap individu berpengaruh tersebut.
Sebelum itu Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berjanji akan mendakwa individu lain yang terlibat dalam skandal ini selepas 4 orang termasuk seorang bekas penjawat awam, Datuk Paduka O.C. Phang dihadapkan ke mahkamah pada 17 Disember tahun lepas. -KG-
Wednesday, March 17, 2010
Janji Manis Najib Dan PKFZ
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment