Wednesday, November 4, 2009

Peguam Manohara, ibu kes tuntutan RM1.1 juta tarik diri

BERITA HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR: Firma guaman yang dilantik isteri dan ibu mentua Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra bagi mewakili mereka bagi dua kes kembali taat dan membayar hutang berjumlah RM1.1 juta, menarik diri.

Tetuan Faiz Adnan & Associates memaklumkan kepada peguam syarie, Zainul Rijal Abu Bakar, yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry, petang semalam dengan mengesahkan penarikan diri itu daripada mewakili model Indonesia, Manohara Odelia Pinot dan ibunya, Daisy Fajarina.

Bagaimanapun, Zainul Rijal memaklumkan kepada Berita Harian tiada sebarang alasan dinyatakan sebab penarikan diri itu.

Zainul berkata, dua kes itu sepatutnya akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu pada 8 November ini.

“Pihak kami tetap bersedia untuk meneruskan perbicaraan kes ini,” katanya.

No comments: