KEMUNGKINAN BESAR mantan Naib Presiden PKR Kebangsaan Datuk Dr Jeffrey Kitingan tidak akan melayani apa apa pun bentuk hasil keputusan ‘pelan damai’ yang diilhamkan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) beberapa minggu lalu, yang menyebabkan Datuk Dr Jeffrey (DDJ) mendiamkan diri seketika sebagai menghormati kata dua DSAI yang mahukan DDJ terus berada dalam kepimpinan PKR.
Meskipun keputusan perbincangan di TVRC pada November 5,2009 yang dihadiri kira kira lebih 200 pemimpin akar umbi yang datangnya daripada bahagian bahagian ( kecuali Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Tawau tidak dapat hadir kerana kesuntukkan masa) rata rata memberi bayangan bahawa DDJ perlu menubuhkan parti baru sebagai kesinambungan perjuangan mereka sebelum ini, kerana merasakan bahawa PKR sudah tidak bertempat dihati mereka.
SEBELUM PRU12!…DDJ menerima ratusan borang keahlian mantan AJK PBS
Malahan beberapa pemimpin bahagian tanpa segan silu dan tidak berselindung lagi menyuarakan pelbagai pandangan dan cadangan keperluan sebuah parti baru ditubuhkan adalah kerana setelah PKR yang sudah tidak relevan lagi digunakan sebagai landasan perjuangan untuk membetulkan ‘kecalaruan kuasa autonomi politik’ yang dipelopori Umno sehingga Sabah perlu mendapatkan restu Kuala Lumpur dalam pelbagai keputusan yang dikatakan ada persamaan dengan kepimpinan PKR. Jika tidak keadaan yang sama akan terus berlaku sepertimana sekarang jika pun PKR yang membentuk kerajaan diSabah. Kerana semuanya akan ditentukan KL termasuklah siapa akan menjawat Ketua Menteri kelak.
KETIKA PRU12…DDJ pasti turun padang berkempen dan mendapat sambutan
pada itu, DDJ sendiri difahamkan telah membayangkan akan berbuat sedemikian seandainya ‘pelan damai’ tidak membuahkan hasil maksudnya pendemokrasian kepimpinan PKR tidak berubah dan terus bertahan dalam sistem lama seiras dengan sistem yang ada dengan UMNO.
Menurut sumber rapat dengan kem DDJ, beberapa siri mesyuarat telah pun diadakan di Sokid Villa iaitu selepas perbincangan ‘pelan damai’ tamat tempohnya yang diberikan DDJ kepada MP Batu Tian Chua (Wakil perunding DSAI), dimana telah dihadiri kira kira 18 bahagian PKR yang masih setia dengan beliau telah membincang dan merumuskan hala tuju perjuangan parti baru yang mungkin akan memperolehi kelulusan rasmi pendaftaran seawal tahun depan (2010).
Sumber rapat dengan DDJ itu berkata, bahawa panel Peguam DDJ kini sedang beriya iya menanti pengumuman ROS berhubung pendaftaran parti baru itu, tetapi mereka pasti akan memperolehinya sekurang kurangnya Januari, 2010 jamin seorang daripada panel Peguam itu.
Sumber itu juga tidak memberitahu sama ada parti baru itu berstatus nasional atau state, tetapi hanya memberi andaian bahawa kemungkinan ia berstatus state. Bagaimana pun tambahnya lagi, imej kepimpinan parti baru sangat menarik kerana bukan sahaja ia dibarisi dikalangan professional dan korporat dari golongan muda, bahkan ia turut dibarisi dari pelbagai suku kaum yang ada di Sabah.
Teras perjuangan parti baru kemungkinan tertumpu kepada intipati ‘Deklarasi Tambunan’ dan memperjuangkan hak hak rakyat Sabah berbilang bangsa dan keturunan sepertimana yang terkandung didalam 20 Perkara. Selain itu usaha membanteras RASUAH DAN PENYELEWENGAN, fokus perjuangan juga turut tertumpu kepada kaedah penyelesaian ekonomi yang semakin merudum diSabah, pengangguran, kemiskinan, dan mengkaji semula projek projek mega yang sedang dan telah dilaksanakan kerajaan BN yang tidak berstatus keutamaan ditangguhkan, jelas sumber itu.
Ketika ditanya satu soalan kepada sumber berkenaan sama ada parti baru yang bakal didaftarkan apakah ia akan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR) atau SAPP yang bukan dalam PR untuk menumbangkan BN pada PRU ke-13 sumber itu berkata, sudah tentu itulah misi dan visi parti baru pimpinan DDJ, kerana apa yang penting kerajaan BN dan Umno akan tumbang diSabah.
Kepada soalan lain, apakah benar desas desus DDJ akan membawa parti baru itu untuk bersekongkol dengan BN pada atau selepas PRU13 sumber itu berkata, semua itu spekulasi semata mata kerana tiada kemungkinan akan berlaku, dimana DDJ telah mempersetujui kehendak dan suara barisan kepimpinan parti baru bahawa apa pun yang dilakukan beliau selaku Presiden hendaklah mendapat persetujuan suara 2/3 daripada akar umbi.
Sumber itu juga turut menepis beberapa andaian dari pihak tertentu yang tidak bertanggung jawab yang sengaja merendah rendahkan kredibiliti DDJ kononnya DDJ sudah hilang sokongan masyarakat KDM malah DDJ dianggap seorang pemimpin yang tidak boleh diharap, semua itu sengaja dicetuskan oleh mereka yang dalam barisan ‘seteru politik’ dengan DDJ yang hanya mewakili dirinya sahaja yang bermotif agenda lain untuk menghakiskan pengaruh DDJ diarena Politik.
Tambahnya lagi, kita akan lihat dan saksikannya sendiri apabila tiba masanya nanti dimana disitu kita akan lihat dan kagum dengan perjuangan pelapis muda sudah berada di barisan hadapan untuk sama sama berjuang dengan DDJ bagi menentukan hala tuju dan masa depan generasi muda kita dinegeri dibawah bayu Sabah yang suatu ketika dahulu sebuah negeri yang kaya dan aman damai.
No comments:
Post a Comment