Penarik Beca
Saya tak pernah berkesempatan bercakap dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib pula tak kenal saya.
Saya teringin hendak bertanya Najib, mengapa beliau tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap penyiasat persendirian P Subaramaniam sebaik sahaja penyiasat itu membuat pelbagai tuduhan yang memburukkan Najib dalam akuan bersumpahnya pada 3 Julai 2008?
Memanglah akuan bersumpah harganya RM4 sahaja. Tetapi, ini bukan soal harga RM4 atau 40 sen. Ini soal apa yang terkandung dalam akuan itu. Ini soal maruah Najib yang digambarkan lebih najis dari taik babi dalam akuan bersumpah itu. Maruah Najib tidak berharga RM4. RM4 bilion pun terlalu kecil harganya.
Jika Najib di pihak yang benar, tidak perlu direkacipta akuan bersumpah Balasubramaniam yang kedua selepas akuan bersumpahnya pada 3 Julai 2008 itu? Nah, kalau orang memperlecehkan akuan bersumpah yang pertama kerana harganya hanya RM4 sahaja, bukankah akuan bersumpah kedua juga sama nilainya? Nobody can inflate the price of statuory declaration.
Jika Najib dipihak yang benar, apa perlunya operasi meghaibkan Balasubramaniam?
Jika Najib di pihak yang benar, bukankah penyiasat itu rakyat negara ini? Tidak perlu ke luar negara untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau. Najib pula pada masa itu adalah Timbalan Perdana Menteri. Empayarnya di dalam Umno terlalu besar dan tak mungkin dapat dikalahkan oleh Perdana Menteri waktu itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi mahupun menantunya, Khairy Jamaluddin.
Sukar hendak dibayangkan bahawa institusi perundangan boleh dimanipulasikan untuk menganiaya Najib. Orang-orang Umno tidak akan membiarkan perkara seperti itu berlaku jika, katakan, Abdullah dan Khairy mahu memanipulasikan mahkamah untuk memangsakan Najib.
Kini, Balasubramaniam dah nak balik Malaysia dan hidup seperti biasa. Biarkan dia balik dengan bebas tanpa sebarang gangguan dan ancaman.
Selepas itu, perkara terbaik yang boleh dilakukan oleh Najib ialah mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau. Lawan apa yang disebut-sebut sebagai fitnah penyiasat itu di padang yang sama rata, iaitu mahkamah, walaupun tidak mudah bagi rakyat biasa di negara ini melihat mahkamah di Malaysia sebagai a leveled playing field untuknya.
Najib ada peluang untuk menghalau hantu Altantuya Shaariibuu.
No comments:
Post a Comment