Tuesday, November 3, 2009

Kosmo ! Akan Hadapi Tindakan Mahkamah.

Oleh IZWAN ABDUL HALIM


ALOR SETAR: Kegagalan pihak pengurusan akhbar Kosmo! menarik semula dan memohon maaf dalam tempoh ditetapkan, berikutan penyiaran artikel yang mengaitkan peristiwa Memali dengan ajaran sesat dalam cetakkannya 26 Oktober lalu bakal berhadapan bantahan berterusan serta tindakan undang-undang.

Menurut Pengerusi Madrasah Islahiah Diniah(MID) Memali, Senator Muhamad Yusuf Husin, beliau telah menghubungi sendiri penulis terbabit pada hari ter bitan yang sama menuntut permohonan maaf dan menarik semula artikel tersebut.

Jelas beliau, penulis dan pihak Kosmo! diberi tempoh selama tiga hari dari tarikh tersebut untuk berbuat demikian sebelum tindakan mahkamah dan lain-lain [Kosmo+1.JPG]diambil. Bagaimanapun katanya, Kosmo! tidak mematuhi tuntutan hingga tempoh tamat.

Untuk itu, Yusuf bersama-sama Mudir MID, Ustaz Mat Juki Ahmad; Timbalan Mudir MID, Ustaz Yusuf Che Me dan wakil penduduk Memali serta kaum keluarga mangsa peristiwa itu, Zaman Mahmud sepakat melantik peguam Darshan Singh untuk mengendalikan pendakwaan ke mahkamah.

"Kami secara rasmi melantik peguam Darshan Singh pada 29 Oktober hari Selasa untuk memfailkan kes dalam sikit masa lagi dan kini beliau sudah pun membuat persediaan.

"Kami juga akan adakan majlis bacaan yasin dan solat hajat besar-besaran di Memali pada 19 November depan bagi memohon kepada Allah agar memberi ketentuan terhadap fitnah oleh penulis dan akhbar tersebut yang tidak menunjukkan rasa sensitif dengan tuduhan dibuat mereka," ujarnya kepada Harakah, 2 November lalu.

Maklumnya lagi, majlis yang turut diadakan sempena 24 tahun peringatan peristiwa Memali itu akan dilanjutkan dengan ceramah perdana pada sebelah malamnya anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dan MID menampilkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Terdahulu Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya melahirkan rasa kesal dengan kedegilan penulis dan akhbar Kosmo! untuk menyatakan permoh[Kosmo+2.JPG]onan maaf dan menarik semula artikel tersebut.

“Bahkan mereka tidak membe ri sebarang 'respon' walaupun kita telah menghantar memorandum baru-baru ini dan langkah kita seterusnya adalah melalui tindakan undang-undang," maklumnya kepada Harakah, 1 Oktober lalu.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik dalam kenyataan mereka mengecam kebiadaban pihak Kosmo! yang belum menyatakan permohonan maaf sebagaimana dituntut.

Setiausahanya, Fakhrud Rizal Mokhtar berkata, pengurusan Kosmo! ternyata tidak sensitif dengan membangkitkan tuduhan tersebut selain gagal memahami isyarat yang ditunjukkan oleh peserta himpunan pada serahan memorandum 27 Oktober lalu.

"Siapa Zulkifli ini? Apa kekebalan dia? Kami menuntut pengurusan Kosmo! pecat dia atau terima akibat dari kebangkitan pemuda," ujarnya melontarkan amaran.

Fakhrud turut menyifatkan Kosmo! mempunyai agenda jahat untuk menggugat kehidupan aman damai penduduk di negeri ini serta memecahbelahkan masyarakatnya.

No comments: