MALAYSIA KINI | ||
|
Bekas wakil rakyat Gerakan Selangor itu dihadapkan dengan tujuh pertuduhan memalsukan tuntutan berjumlah RM70,000 bagi empat program sambutan perayaan Tahun Baru Cina dan tiga program Thaipusam di tujuh lokasi.
Mohd Firdaus, yang juga pengarah sebuah syarikat, antara lima orang yang dihadapkan ke mahkamah tersebut bersama ahli parlimen BN Abd Rahman Bakri dan pembantu ahli politik Pakatan Rakyat atas tuduhan rasuah.
Yap hari ini didakwa melakukan kesalahan itu antara 19 Januari dan 4 Februari tahun lepas di Pejabat Daerah Hulu Langat.
Beliau mohon dibicarakan untuk semua pertuduhan yang dibacakan. Hakim Mahkamah Sesyen Mat Ghani Abdullah membenarkan Yap diikatjamin sebanyak RM10,000.
Kes tersebut akan disebut pada 14 Disember depan.
Sementara itu, Mohd Firdaus didakwa bersubahat dengan Yap membuat tuntutan-tuntutan palsu tersebut.
Hakim Syafeera Mohd Said membenarkannya diikatjamin sebanyak RM8,000.
Kedua-dua tertuduh ini antara enam orang ahli politik dan pembantu mereka yang diseret ke muka pengadilan berhubung penyelewengan dana kerajaan negeri untuk pembangunan DUN di Selangor.
Tindakan pertama ini bagi isu tersebut secara besar-besaran dipercayai akan disusuli beberapa tangkapan dan pertuduhan lagi.
No comments:
Post a Comment