UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR - Malaysia tidak mengetahui kemasukan Ketua Jemaah Islamiah (JI) Singapura, Mas Selamat Kastari ke negara ini namun dengan kecekapan pasukan polis suspek akhirnya berjaya dikesan.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Mahmood Adam berkata, kecekapan itu boleh dibuktikan dengan rekod kejayaan risikan pihak berkuasa.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan yang bertajuk 'Malaysia Tahu Kemasukan Mas Selamat' oleh agensi berita Associated Press (AP) yang memetik kenyataan Mahmood semalam.
Dalam laporan agensi berita AP itu, Malaysia didakwa mengetahui kemasukan Mas Selamat ke negara ini tetapi sengaja membiarkannya bebas supaya dia boleh membawa pihak berkuasa kepada ahli-ahli militan lain.
No comments:
Post a Comment