Friday, March 20, 2009

Permasis: Tidak hadir sidang Dun, barisan Khir disifatkan biadap dan bacul

MAHASISWA KINI


Shah Alam - Jurucakap Permasis Wan Afifi Wan Zainuddin menyifatkan tindakan Ketua Pembangang Dato’ Seri Dr. Mohd Khir Toyo dan semua wakil rakyat Barisan Nasional yang tidak menghadiri sidang Dun Selangor lepas sebagai tindakan biadap dan bacul.

Kalau seorang dua tidak hadir, kita boleh terima. Tapi, kalau dah sampai Ketua Pembangkangnya (Dr. Khir) dan seluruh wakil rakyat BN tidak hadir, bagi saya itu biadap dan bacul,” jelas Wan Afifi.

Beliau yang juga Pengarah Penyelidikan dan Kajian Strategik NGO Persatuan Mahasiswa Selangor (Permasis) tersebut mempersoal kewajaran Khir mengabaikan sidang dun atas alasan sibuk berkempen dalam pemilihan agong UMNO (PAU) 25 Mac depan.

Kita pun faham Dr. Khir sibuk berkempen jadi Ketua Pemuda…itu haknya dan kita tidak berminat bercakap bab UMNO ini. Yang kita kesal, bagaimana beliau boleh abaikan terus sidang Dun lepas,” soalnya lagi.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan Khir dan semua Adun BN tersebut disebabkan bimbang dengan iltizam politik Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang mahu mendedahan kes-kes rasuah kerajaan negeri era Barisan Nasional lepas dalam Dun.

Kenyataan tersebut dibuat selepas beliau mempengerusikan mesyuarat mingguan biro politik mahasiswa Selangor lewat jam 6 petang kelmarin -mahasiswakini

No comments: