Saturday, March 28, 2009

10 penjaga premis judi haram ditahan

SINAR HARIAN


SHAH ALAM – Polis Cawangan Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menahan 10 penjaga premis mesin judi haram dalam operasi khas membanteras kegiatan tersebut di sekitar kawasan Puchong.

Menurut kenyataan media D7, IPK Selangor, operasi tersebut dijalankan selama tiga hari bermula Isnin lalu dilakukan setelah pihak polis menerima banyak maklumat dan rungutan daripada orang awam berkaitan aktiviti mesin perju-dian haram.

“Polis melakukan sebanyak 14 serbuan terhadap premis yang disyaki menjalankan kegiatan haram tersebut dan seramai 10 penjaga premis ditahan bagi membantu siasatan termasuk merampas 175 buah mesin berkomputer,” katanya.

Kesemua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 di mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang dari RM 10,000 dan tidak lebih dari RM 100,000 untuk setiap mesin perjudian serta boleh dipenjarakan tidak lebih lima tahun.

No comments: