Tuesday, January 6, 2009

LATAR BELAKANG DAN KOMEN CALON BERTANDING

MSTAR ONLINE


BERIKUT ialah maklumat latar belakang dan ulasan tiga calon yang bertanding kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

DATUK WAN AHMAD FARID WAN SALLEH (Calon BN, diundi nombor 1):

- Berusia 46 tahun

- Kelulusan jurusan undang-undang

- Seorang peguam

- Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dari 2004-2007

- Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Senator (Mac 2008 - 5 Januari 2009)

- Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu

Ulasan:

"Saya harap susunan nombor satu itu akan beri satu petanda awal yang baik (untuk menang)."

"Malah, kehadiran begitu ramai anggota parti sewaktu pelancaran jentera sayap BN di Taman Tamadun Islam oleh Timbalan Perdana Menteri malam tadi (semalam) juga memberi petanda yang baik mengenai sokongan parti terhadap beliau.

Kehadiran jentera parti iaitu kira-kira 15,000 orang yang berarak mengiringi saya semasa proses penamaan calon pagi tadi juga petanda sokongan padu terhadap saya dan Umno serta BN.

MOHD. ABDUL WAHID ENDUT (calon PAS, diundi nombor 2):

- Berusia 52 tahun

- Bekas pegawai tadbir UPM

- Kelulusan Sains Perikanan dan Marin dari UPM

- ADUN Wakaf Mempelam sejak 1990

- Bekas Exco Keusahawanan dan Belia Terengganu (1999-2004)

- Ketua PAS Bahagian Kuala Terengganu

- Bendahari PAS Terengganu

Ulasan:

"Ini negara demokrasi, semua orang boleh bertanding... tiada masalah pun.

"Peluang nampak cerah, Insya-Allah.

"Gentar?, tidak, tidak... saya sudah lima penggal menjadi wakil rakyat (ADUN). Parlimen, Dewan Undangan Negeri serupa sahaja, saya menjalankan tugas.

"Jika menang, saya akan meneruskan tugas saya, saya mewakili parti... PAS, Pakatan Rakyat untuk menguatkan suara kita di Parlimen.

"Saya mempunyai kekuatan saya sendiri, kami telah memenangi tiga kerusi DUN, itu adalah satu kelebihan kepada saya.

AZHARUDIN MAMAT @ ADAM (calon Bebas, diundi nombor 3):

- Berusia 46 tahun

- Anak Datuk Adam Taib, bekas setiausaha politik bekas Menteri Besar Terengganu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.

- Kelulusan jurusan Teknologi Makanan, UPM

- Tabib dari Kampung Ladang Pasar

- Tiada parti politik

Ulasan:

"Matlamat kita untuk tolong orang miskin kerana saya lihat ramai pemimpin yang hanya bercakap untuk tolong tapi tak berbuat apa selepas menang.

"Terpulang kepada Allah, kalau Allah nak buka hati penduduk sini, Insya-Allah. Saya akan mengeluarkan belanja sendiri sebanyak RM15,000 untuk berkempen melalui penggunaan risalah dan banner.

"Lebih 5,000 risalah akan saya edarkan kepada penduduk dari rumah ke rumah dan pasang banner di kawasan strategik di bandar dan kampung."

No comments: