MY METRO
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan Belanjawan 2009 yang baru atau melakukan pindaan ke atas belanjawan berkenaan untuk dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat.
Menurutnya belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu juga Menteri Kewangan pada September lalu tidak lagi relevan disebabkan krisis kewangan dan ekonomi dunia yang turut dialami negara pada ketika ini.
Ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2009, Anwar juga meminta supaya kerajaan mengumpul seluruh kekuatan pakar-pakar ekonomi negara khususnya di Perbendaharaan, Unit Perancang Ekonomi dan Bank Negara untuk melihat semula dan menjana kekuatan ekonomi negara.
“Bukan kita mahu menolak belanjawan yang dibentangkan tapi hanya nak beri kesempatan untuk melihat semula angka, dan saya tahu, mereka terlibat bersedia untuk melakukannya,” kata Anwar yang pernah menjadi Menteri Kewangan.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata: “Tidak ada konvensyen dalam amalan demokrasi berparlimen bermodelkan ’West Minister’, Tuan Speaker boleh menarik balik agenda kerajaan dengan begitu saja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan