Rabu, 15 Oktober 2008

Dinsman terima anugerah ijazah doktor kehormat

Bernama


SINTOK – Tokoh sejarah Kedah, Datuk Wan Samsudin Mohd Yusof dan penggiat teater tanah air, Che Shamsudin Othman atau Dinsman adalah tokoh yang akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dan Sarjana Persuratan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) pada konvokesyennya yang ke-21 pada 18 Oktober ini.

Wan Samsudin akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Sejarah) manakala Dinsman dianugerah Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan.

Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr. Nordin Kardi berkata, Canselor UUM, Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan berangkat untuk menyampai kan anugerah itu di Dewan Mu’adzam Shah, Kampus Sintok.

“Ijazah itu sebagai menghargai sumbangan mereka dalam bidang masing-masing yang bermakna kepada negara untuk dikongsi bersama masyarakat,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, antara usaha Wan Shamsudin sehingga Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bang sa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengiktiraf kumpulan su rat-surat Sultan Abdul Hamid (datuk Sultan Kedah seka rang) sebagai “memory of the world” manakala Dinsman berjaya menggerakkan kumpulan teater dan melahirkan seniman tanah air seperti kumpulan Kopratasa.

Seramai 3,341 graduan UUM bakal menerima ijazah mereka pada sidang kedua konvensyen itu yang berlang sung dalam lima sesi sehingga 20 Okt.

Tiada ulasan: