Rabu, 22 Oktober 2008

Hampir 7 juta BN belanja lawatan keluar negara

Salmiyah Harun


SHAH ALAM - Sepanjang tempoh tahun 2006 hingga 2007 kerajaan BN Selangor telah membelanjakan hampir RM6.6 juta untuk mengadakan sebanyak 150 lawatan ke luar negeri dan negara.

Jawatankuasa Perdagangan, Pelaburan dan Perindustrian di antara yang paling banyak melakukan lawatan iaitu lebih 45 lawatan.

Sebanyak 14 lawatan telah dibuat pada tahun 2004 manakala pada tahun 2006 sebanyak 18 lawatan diadakan oleh jawatankuasa trbabit.

Sebanyak RM1.2 juta telah dibelanjakan untuk mengadakan lawatan tersebut.

Antara destinasi lawatan yang dikunjungi membabitkan Bangkok lebih daripada sekali, China, Republik Korea, dan beberapa lawatan ke Germany serta beberapa negara lain.

Menjawab soalan yang dikemukakan oleh Adun Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya), Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mendedahkan beberapa lawatan yang dibuat tidak mempunyai laporan atau kertas kerja hasil daripada lawatan.

Dalam soalan asal, Hannah Yeoh Tseow Suan meminta Menteri Besar memberikan butir-butir kos bagi lawatan luar negeri dan negara dari tahun 2006 hingga 2007 seperti destinasi, tempoh lawatan, kos penginapan, kos tiket penerbangan, senarai nama rombongan, tujuan lawatan dan sebarang kos lain yang dibiayai oleh kerajaan negeri atau anak syarikat Selangor.-SH

Tiada ulasan: