Sabtu, 18 Oktober 2008

Skandal-balkis & Rantings of Selangor

Ibnu Khuzaimah


Setelah agak lama masa bergerak, sejak 8 March, hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan hampir ke tahun skandal yang gegar dan menarik ini senyap begitu sahaja.

Seolah-olah usaha kerajaan negeri pimpinan Khalid Ibrahim tidak punya kuku untuk meneruskan kes ini?

Jika keadaa seperti ini berterusan, pastinya pihak lawan atau pembangkang di Selangor tidak gentar akan Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Khalid.

Ini jelas terbukti dengan pelbagai acahan dibuat oleh pembangkang Selangor.

Beberapa isu yang timbul sejak kebelakangan ini banyak mengujudkan suasana kurang menarik kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim.

Jika diperingkat awal penubuhan kerajaan dahulu, jelas terlihat bahawa pegawai-pegawai kerajaan yang kuat menyokong BN kecut dan bimbang akan kedudukan mereka.
Pada hari ini setelah 6 bulan Selangor diprintah oleh Pakatan Rakyat pimpinan Khalid Ibrahim suasana sudah seperti biasa. Seperti macam zaman BN.

Masih terdapat ramai pegawai kerajaan yang berkhidmat di negeri ini berani mencabar terang-terangan usaha-usaha kerajaan negeri. Paling jelas adalah dalam pembahagian kontrak kerja-kerja di Jabatan Kerajaan, kaedah yang tidak telus seperti zaman BN masih di amalkan. Kontrak-kontrak dan tender masih dikuasai oleh orang yang sama.

Satu kes yang amat jelas berlaku di Kuala Selangor apabila YDP Majlis Daerah cuba menghalang penggunaan padang ketika hendak diadakan program Forum Perdana dengan memberi alasan padang akan rosak. Bukankah yang hadir itu adalah penduduk sekitar Kuala Selangor yang membayar cukai yang dikutip oleh MDKS?

Amat memalukan perkara ini datangnya dari seorang YDP yang beragama Islam.

Begitu juga dalam kes surat sokongan, telah dibuktikan terdapat pegawai di tingkat 20/21 SUK membuat surat sokongan seolah-olah mewakili kerajaan tetapi tindakan hanya dibuat terhadap Yahya Saari. Apakah Tingkat 20 mengamalkan pendakwaan terpilih??

Dalam isu pasir, kini seperti jelas kelihatan kurang minat bagi pengusaha pasir untuk tampil kehadapan. Jika diteliti dengan halus, beberapa persoalan berkaitan ketelusan isu pasir ini boleh dibangkitkan. Akhirnya nanti, tolak abuk balik asal.

Dalam kes Unisel, sehingga hari ini, ia tidak mempunyai Naib Cancelor yang hakiki. Yang ada hanyalah pemangku yang sudah diketahui akan ditamatkan khidmatnya pada Disember ini. Adalah dilaporkan Unisel mengalami enrolment yang merosot sejak Dr Razali Agus dan Dr Rustam Abbas di tamatkan kontrak.

Penamatan tanpa persediaan pengganti adalah kelemahan pentadbiran pendidikan Selangor. Seperti menebang sawit tua tetapi tidak disulam benih baru, maka rumput dan lalang yang tumbuh. Ini belum kira lagi dengan politiking yang bobrok yang sedang berlaku di universiti itu.

Bidasan keras perlu diterima oleh exco pendidikan Selangor yang tidak habis-habis mewar-warkan hub pendidikannya yang hingga kini belum terlihat sehelai blue-print.

Di Yayasan selangor, masih belum berlaku rombakan walaupun jelas terbukti pimpinan Yayasan Selangor gagal meningkatkan prestasi pendidikan anak negeri dengan bukti kemerosotan pencapaian dalam peperiksaan ditahun-tahun kebelakangan ini.

Satu perkara khusus yang perlu diberikan perhatian ialah menurunnya populariti Menteri Besar Selangor sejak kebelakangan ini. Kemungkinan berlaku kerana tidak berkesannya Setiausaha Akhbar dan bahagian media, Setiusaha politik dan lain-lain organ pentadbiran kerajaan negeri.

Agak hairan, Hari terbuka Aidilfitri MB selangor tidak mencium muka-muka akhbar tempatan samada media cetak mahupun letronik. Puas di cari, tapi tiada sedangkan TG Nik Aziz Kelantan dan Nizar Jamaludin Perak dan yang lain mendapat liputan arus perdana.

Kini terdengar pula desas desus ujudnya “fifth floor boys” di Bangunan SUK. Mengikut laporan, sebuah Kelab Penyokong Menteri Besar sudah diujudkan. Ia diketuai oleh adik Khalid sendiri Hajiman Ibrahim serta anak saudaranya Remy. Soalnya, apakah keperluan kelab ini?

Di samping itu seolah-olah aliran menentang tindak-tanduk MB Selangor dari kalangan parti semakin ketara. Terbaru ialah bantahan MP Kapar “Mike” Manickavasagam. Kini dikatakan diadakan pula satu task force politik terdiri dari Ahli Parlimen-Ahli Parlimen untuk mengukuhkan politik PKR di Selangor.
Hairan sekali Ketua-Ketua Bahagian PKR tidak dilibatkan.

“Akan berlaku peperangan besar dalam PKR Selangor jika ia diteruskan”, pendapat beberapa Ketua Bahagian.

Masih terlalu banyak isu yang sepatutnya selesai masih tidak di atasi di Selangor ini. Jika keadaan ini berterusan ia pasti akan membuka ruang untuk dimanipulasi oleh pihak pembangkang Khir Toyo dan Barisan Nasional.

Tiada ulasan: