Selasa, 14 Oktober 2008

Mahkamah benar Raja Petra dirawat

Bernama


PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan peguam yang mewakili pengendali dan penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin untuk menghantar anak guamnya ke Hospital Pakar Cheras bagi rawatan lanjut sakit tulang belakang, Khamis ini.

Keputusan itu disampaikan oleh Hakim Balqis Aini Mohd Ali bagi pihak Hakim Rozina Ayob yang bercuti sakit hari ini.

Rozina dalam keputusannya berkata segala bentuk rawatan itu hendaklah mengikut prosedur Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), serta mengarahkan pihak pendakwaan mengambil tindakan sewajarnya.

Peguam J Chandra memberitahu mahkamah bahawa minggu lalu pihak pendakwaan bersetuju untuk menghantar Raja Petra ke pusat perubatan pakar terbabit dan sudah diperiksa dan dirawat pada Jumaat lalu.

Tiada ulasan: