Selasa, 7 Oktober 2008

Exco Selangor fail saman terhadap Khir Toyo
Bernama

KUALA LUMPUR: Ahli Exco Selangor, Ronnie Liu hari ini memfailkan saman terhadap bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo kerana mendakwa beliau mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.

Beliau memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil, Jalan Duta, melalui peguamnya Gobind Singh Deo, bagi menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan untuk fitnah, faedah, kos dan sebarang relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Liu tidak meletakkan sebarang amaun tuntutan sebaliknya membenarkan mahkamah menentukannya.

Beliau mendakwa kononnya Khir mengeluarkan satu dakwaan palsu berunsurkan fitnah mengenai tindakannya campur tangan dalam urusan menghapuskan kegiatan pelacuran.

Tiada ulasan: