Al Chehen
Mulai hari ini kita boleh melihat siapa individu paling mengelabah. Silap silap haribulan kes Liwat II ini boleh digugurkan kerana tiada prima facie atau technical error. Pada artikel yang lepas saya ada menyebut peperangan ini sebenarnya adalah peperangan tiga penjuru disatu pihak
Jika Anwar terpenjara, Najib akan berundur dari politik atas masalah kesihatan. Penulis yakin Anwar tidak akan terpenjara. Kalau terpenjara juga Anwar pasti dibebaskan kerana tekanan yang akan dihadapi oleh kerajaan.
Sejak pengumuman Pak Lah hendak menyerahkan kuasa pada Jun 2010....Che Det yang tak berparti itu lah orang yang paling sibuk kesana kemari meminta ahli ahli UMNO menjatuhkan Pak Lah. Sekejap sekejap kutuk Najib sambil berkias supaya Najib bertanding kerusi presiden dan apabila didapati Najib buat buat pekak badak di joloknya pula Muhyiddin supaya bertanding Timbalan Presiden.
Ini dilakukan supaya Najib terasa digugat dan mengmbil keputusan untuk mencabar Pak Lah. Che Det sebenarnya bukanlah marah pada Pak Lah tetapi Che Det takutkan kemaraan Anwar. Dengan tak semena mena Che Det memilih Rais pembakar jambatan dan Ku Li pula untuk bertanding menentang Pak Lah. Kelam kabut sungguh Che Det sejak akhir akhir ini.Pak Lah yang dianggap oleh umum sebagai seorang kaki tidur....bukanlah begitu jika berhadapan dengan kerja kerja untuk mengekalkan dan mencengkam kuasa.Pak Lah mampu berjaga 25 jam sehari semalam untuk tujuan itu.
Kerja kerja menganiayai Anwar ini sebenarnya banyak dilakukan oleh konspirator dibelakang Pak Lah. Jika ada pun campur tangan dari Musa dan Ghani pun ia dilakukan secara sembunyi sembunyi kerana Musa dan Ghani juga sudah menerima amaran dari BPR, ditambah pula Pak Lah sendiri memberi jaminan yang Musa dan Ghani tidak dibenarkan mengendalikan kes Liwat II ini. Apa yang berlaku kerja kerja skrip drama ini dikendalikan oleh pegawai pegawai bawahan Musa dan pegawai pegawai bawahan Ghani. Masing masing membuat kerja dengan perasaan bersalah, sangsi, curiga dan prejudis antara satu sama lain...silap silap haribulan mereka juga mengalami nasib seperti ketua mereka Musa dan Ghani kena mengadap BPR.
Di luar
Apabila hasilnya nampak sangat kerja kerja orang bodoh terpaksalah pula datang menteri bodoh untuk tampal apa apa yang bocor pada skrip bodoh dengan mengatakan `Patutkah kita mendakwa orang yang membuat laporan. Itulah cara sistem perundangan...yang penting ialah wujudnya keadilan `.
Memang benar Saiful yang membuat lapuran, tetapi lapuran yang bagaimana? ?? Kejadian suka sama suka atau kejadian secara paksa dan kenapa boleh ada 377A, 377B dan 377C? ?? Bayangkanlah ini kah jawapan yang akan dijawab oleh soalan balas dari sembilan orang barisan peguam Anwar nanti. Pada Hamid Albar oleh kerana Saiful yang membuat lapuran maka perbuatan liwat oleh Saiful dikira tidak bersalah? ?? Jadi maksudnya disini lapuran adalah sangat penting pada Hamid.
Tentu sekali ada misteri disebalik penekanan perkataan lapuran yang sangat dipertahankan oleh Hamid.Butir butir perbuatan kesalahan tidak penting pada Hamid. Perbuatan yang sama oleh dua orang yang berlainan...satu bersalah dan satu lagi tidak bersalah. Ukuran apa yang Hamid pakai untuk istilah Keadilan ini? ??Sama samalah kita saksikan benda benda bodoh dan benda benda yang mengarut yang akan keluar nanti.
Kalau skripnya bagus, betul dan tepat maka bonus kepada Pak Lah. Pak Lah hanya mengambil kesempatan disaat saat yang diperlukan sahaja untuk menyekat kemaraan DS Anwar. Masing masing
Ini lah sebabnya skrip drama ini menjadi cacamerba dab berterabur. Ia tidak seperti tahun 1998, ceritanya sehala sahaja. Bulan Jun tahun 2010 cuma asap perabun sahaja kerana tarikh itu tidak mempunyai apa apa makna kepada Najib. Najib menghadapi masalah kesihatan pada tarikh itu atau sebelum itu. Cuma kita harapkan Pak Lah perlu tunaikan janjinya untuk tidak campur tangan dalam perbicaraan ini nanti. Jangan nanti apabila sudah kritikal Pak Lah sewenang wenangnya memungkiri janji seperti yang selalu dilakukannya itu.
Kalau cerita cerita konspirasi Hollywood yang kita saksikan FBI dan CIA membuat skrip A-Z pada teorinya dahulu kemudian barulah melaksanakan objektifnya tetapi di Malaysia mereka melaksanakannya dahulu kemudian barulah terhegeh hegeh mencipta skripnya kemudian.
No comments:
Post a Comment