Suhakam akui golongan wanita di Kelantan aktif bekerja
Mohd Nor Yahya
TUMPAT - Keunikan masyarakat di Kelantan di mana golongan wanita aktif bekerja turut diakui Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) melalui kajian yang dijalankan di beberapa kampung di sini.
Kajian yang dijalankan tersebut iaitu di Kampung Kolam, Pasir Mas dan Pulau Teluk Rajuna serta Kampung Baru Nelayan di Tumpat.
Kegiatan membuat hasil kraftangan dilakukan secara atif kaum wanita di Kampung Kolam, manakala menghasilkan kerepek di Pulau Teluk Rajuna dan membuat kuih muih di Kampung Baru Nelayan.
Pesuruhjaya Suhakam, Dato' Dr Denison Jayasooria berkata, pihaknya mendapati golongan wanita begitu aktif membantu kaum lelaki bagi menambah sumber pendapatan keluarga.
"Kehadiran kami ke perkampungan yang dipilih secara rambang bagi membuat kajian terhadap beberapa perkara unsur termasuk aspek pendapatan, pendidikan, kesihatan dan kegiatan ekonomi penduduk," katanya selepas meninjau penduduk di Pulau Teluk Rajuna.
Suhakam melalui Kumpulan Kerja Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan( ECOSOC) yang diketuai Dr Denison Dato' Tunku Nazihah Tunku Mohamed Rus membuat kajian secara rambang di tiga penempatan tersebut yang didiami majoriti penduduk Melayu.
Turut serta pada tinjauan terbabit tiga pegawai Suhakam dan beberapa pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan serta wakil-wakil media.
Dr Denison mengakui kemudahan asas terdapat di tiga penempatan tersebut seperti juga ada di tempat-tempat lain di negara ini.
Melalui kajian mikro tersebut Suhakam meneliti aspek pembangunan di peringkat akar umbi sama ada dari segi ekonomi, sosial, pendidikan, kesihatan dan pengangkutan.
Sehubungan itu kajian yang dijalankan tersebut akan dibawa kepada kerajaan terutamanya bagi membantu penduduk untuk meningkatkan kemudahan asas.
Selain itu ia juga akan dibincangkan bersama agensi-agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan.
Manakala kajian yang telah dilakukan di Sabah dan
"Dengan hasil kajian ini Suhakam berharap pihak yang berkaitan turun
"Suhakam juga percaya hak asasi manusia bukan sahaja berkaitan dengan politik dan sivil, tetapi ia juga menyentuh aspek ekonomi, sosial dan kebudayaan," ujar beliau.
Beliau juga berkata, Suhakam percaya setiap keluarga di negara ini boleh menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan sempurna. - mj
No comments:
Post a Comment