Singapura mula besarkan kawasan rumah api P.Pisang sejak awal 80an
PONTIAN: Singapura dipercayai telah melakukan kerjakerja pembesaran kawasan rumah api di Pulau Pisang, yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Maritim (MPA), bermula sejak awal tahun 1980an lagi, menurut wariswaris pemilik kebun buah-buahan di pulau itu.
Seorang waris terbabit, Zaiful Ismail, 39, berkata, usaha republik berkenaan turut meliputi kerjakerja membesarkan jeti persendirian miliknya dan laluan daripada jeti ke rumah api terbabit.
"Singapura telah melakukan kerja-kerja pembesaran kawasan rumah api di Pulau Pisang itu sejak 1980an lagi, tetapi pihak berkuasa negara ini tidak menyedarinya, mungkin kerana isu rumah api Pulau Pisang tidak sehangat pada ketika itu, berbanding masa ini."
"Apa yang pasti, Singapura telah bertindak membesarkan kawasan rumah api, laluan serta jeti di Pulau Pisang itu. Ini dapat dilihat dengan jelas daripada saiz ketigatiga struktur tersebut ketika ini," katanya kepada Bernama, hari ini.
Zaiful berkata menurut perjanjian di antara Almarhum Sultan Ibrahim dan Gabenor NegeriNegeri Selat Sir James Alexander Sweethenham pada 6 Okt 1900, kawasan keluasan rumah api yang dipersetujui adalah satu ekar, satu Rod dan 18 Poles.
Keluasan laluan daripada jeti ke rumah api pula ditetapkan pada satu ekar dan
"Bagaimanapun kini kawasan rumah api di puncak pulau itu semakin besar apabila Singapura membina pagar kedua, kirakira 100 meter daripada pagar lama. Laluan pejalan kaki dari jeti ke rumah api turut dibesarkan supaya jentera berat boleh menggunakannya," katanya.
Laluan ke rumah api itu sebelum ini, katanya hanya dilengkapi dengan tangga pejalan kaki tetapi kini diganti dengan laluan yang lebih besar bertujuan memudahkan traktor untuk mengangkut pelbagai barangan.
Singapura, katanya turut membina sebuah stor simpanan di jeti, yang tidak termasuk di dalam Perjanjian 1900 yang ditandatangani.
"Tindakan Singapura membesarkan kawasan rumah dan pelbagai kemudahan lain itu jelas bercanggah dengan perkara di dalam Perjanjian 1900. Kita perlu menangani perkara ini sebelum ia terlambat," kata Zaiful.
Pulau Pisang yang terletak kirakira 8km daripada Pontian menempatkan sebuah rumah api yang ditadbir oleh Singapura.
Seorang lagi waris pemilik kebun di pulau terbabit, Abdul Razak Malutak, 66, berkata kawasan rumah api yang ditadbir republik itu turut mempunyai kemudahan bagi pendaratan helikopter.
"Pada tahun-tahun 80an, penduduk kadangkala melihat helikopter Singapura di kawasan rumah api terbabit sedang menghantar barangan-barangan berat untuk kegunaan rumah api itu," katanya.
Berikutan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague yang memberikan kedaulatan Batu Puteh kepada Singapura, beliau meminta kerajaan
Dakwanya tindakan Singapura tidak membenarkan penduduk tempatan menggunakan jeti persendirian itu juga menimbulkan masalah dan menimbulkan persoalan tentang siapa yang sebenarnya berhak terhadap pulau itu.
"Kita dapat melihat pagar di sekeliling rumah api dan laluan dari jeti ke rumah api tersebut semakin luas berbanding tidak lama dahulu. Kami pula tidak dibenarkan menggunakan jeti itu, walaupun ia terletak di Pulau Pisang," katanya. BERNAMA
No comments:
Post a Comment