MALAYSIAKINI
Arahan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap
kerajaan negeri dan kerajaan tempatan tidak masuk akal, titah sultan
Johor.
"Perkara
ini adalah tidak masuk akal kerana perkhidmatan kerajaan adalah
tanggungjawab asas kepada rakyat dan tidak wajar untuk ditambah lagi
dengan beban bayaran GST oleh rakyat," titah baginda.
Justeru, sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya pihak berkuasa
tempatan (PBT) Johor tidak mengenakan GST terhadap perkhidmatan mereka.
Baginda juga bertitah supaya pihak itu mendapatkan pengecualian daripada kerajaan persekutuan.
Sultan Ibrahim bertitah demikian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini.
GST dilaksanakan mulai 1 April lalu di tengah-tengah bantahan aktivis dan pembangkang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan