Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
PERMATANG PAUH - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, sasaran 80
peratus jumlah keluar mengundi pada PRK Permatang Pauh boleh dicapai
sekiranya peratusan mengundi setiap jam tidak kurang daripada 12
peratus.Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, jumlah keluar mengundi dari jam 8 pagi hingga 11 pagi yang mencecah 33 peratus memberi petanda baik.
"Jumlah keluar mengundi di PRK Permatang Pauh lebih baik berbanding PRK Rompin kerana purata keluar mengundi setiap jam turut rendah.
"Pada masa ini, purata setiap jam mencecah 11 peratus dan jika ini berterusan hingga habis (mengundi), ia petanda baik (cecah 80 peratus)," katanya kepada pemberita di Pusat Media di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, SPR akan mengumumkan keputusan pilihan raya kawasan itu selewat-lewatnya jam 9 malam ini.
"Keputusan tidak rasmi PRK Permatang Pauh boleh diketahui antara jam 7 hingga 7.30 malam.
"Lazimnya parti politik yang bertanding akan dapat keputusan seawal 6.30 petang ini," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan