Memaparkan catatan dengan label PRK - PERMATANG PAUH (3). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRK - PERMATANG PAUH (3). Papar semua catatan

Sabtu, 9 Mei 2015

Permatang Pauh beri isyarat rakyat muak dengan BN

wawi-permatang-pauh

  Roketkini.com


GEORGE TOWN, 9 MEI: Kemenangan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh baru-baru ini mengesahkan bahawa Pakatan Rakyat (PR) masih kekal mendapat sokongan kuat orang ramai.

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, keputusan PRK tempoh hari menghantar mesej yang kuat kepada BN bahawa rakyat secara umumnya sudah muak dengan cara mereka mentadbir dan mahukan perubahan.

“Kemenangan dalam PRK Permatang Pauh memenuhi aspirasi orang ramai terhadap kami (PR) supaya memperkukuhkan lagi kekuatan untuk menentang BN dalam PRU ke-14,” kata Kon Yeow dalam satu kenyataan.

Kon Yeow yang juga ADUN Padang Kota turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang terlibat sehingga berjaya membantu kemenangan kepada PR.

“Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi di Permatang Pauh atas kesabaran mereka menyokong PR dan terus menghidupkan perjuangan Reformasi.

“DAP Pulau Pinang mengucapkan tahniah kepada Kak Wan di atas kemenangan beliau.

“Kami berbangga menjadi sebahagian daripada kemenangan ini dan Jawatankuasa Pilihanraya DAP, pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli harus diberikan pujian atas tugas yang berjaya dijalankan dengan baik,” ujarnya. – Roketkini.com


Jumaat, 8 Mei 2015

Kemenangan PKR atas bantuan penyokong PAS, kata penganalisis

Oleh Nurshakira Buang

 
Post Pic

 
 
SHAH ALAM: Kejayaan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kembali menduduki kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas menang dengan majoriti 8,841 undi kerana pengundi PAS masih terus menyokong Pakatan Rakyat.
 
Malah, bagi penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani kemenangan itu juga sekaligus menolak dakwaan bahawa penyokong dan ahli PAS akan melakukan undi protes terhadap PKR.
 
"Ramalan itu meleset apabila pengundi PAS dilihat keluar mengundi PKR. Nampaknya semangat Pakatan itu masih lagi kuat dikalangan penyokong PAS, DAP dan sebagainya," katanya kepada Antarapos.
 
Bagaimanapun, bekas pensyarah Kanan di Jabatan Komunikasi Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Baharuddin Aziz berkata Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh hanya memperlihatkan kerenggangan hubungan diantara PAS, PKR dan DAP.
 
Katanya, kerenggangan itu juga merupakan faktor majoriti kali ini lebih rendah di samping peratusan keluar undi yang lebih kecil, 74%, berbanding 88% pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) dua tahun lepas.
 
"Kita lihat penurunan undi kali ini merupakan salah satu faktor dimana keakraban diantara PAS dengan PKR ini sudah tidak wujud dan telah tergugat.
 
"Boleh dianggap bahawa ramai orang Melayu tak memberi undi kepada PKR tetapi sebaliknya mengundi BN atas faktor itu.
 
"Kerenggangan itu, dia (PKR,PAS,DAP) dah renggang," tegasnya memberitahu Antarapos.
 
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan kerusi Permatang Pauh meskipun majoriti parti itu merosot dalam PRK yang dicemari dengan beberapa insiden keganasan.
 
Wan Azizah memperolehi 30,316 undi, mengatasi Suhaimi yang mendapat 21,475 undi dan dua pencabar lain yang kehilangan wang pertaruhan mereka.
 
Bagaimanapun majoriti 8,841 yang diperolehi oleh presiden PKR itu lebih rendah berbanding 11,721 kelebihan undi yang diperolehi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada PRU 13.
 
PKR mendakwa kemerosotan itu berpunca daripada penyusutan dalam jumlah pengundi yang keluar mengundi, iaitu hanya 73 peratus, berbanding lebih 88 peratus pada PRU 13.
 
Pada pilihan raya umum lalu, Anwar memperolehi 37,090 undi  manakala calon BN ketika itu, Dr Mazlan Ismail, mendapat 25,369 undi.
 
Undi BN meningkat sedikit
 
Mengulas lanjut Azizudin berkata PRK kali ini tidak ada banyak perbezaan namun berlaku sedikit peningkatan jumlah sokongan pengundi kepada Barisan Nasional (BN).
 
"Kalau kita tengok kawasan-kawasan seperti Kubang Semang, Permatang Pasir, Penanti masih lagi dimenangi PKR.
 
"Tidak ada banyak perbezaan keputusan kali ini dengan PRU 13, cuma yang membezakan jumlah undi yang diterima oleh calon BN dan PKR adalah kerana jumlah yang keluar mengundi itu jatuh banyak dekat 15 peratus.
 
"Kalau calon BN itu ada meningkat sedikit jumlah undi dalamm 2% atau 500 undi berbanding PKR yang turun skit dalam 800 undi," katanya.
 
Malah, Azizudin berkata pilihan raya kali ini juga tidak menarik dimana isu-isu semasa yang diketengahkan kedua-dua parti politik tidak memberi kesan kepada pengundi di sini.
 
"Pilihan raya kali ini kurang menarik dengan PRU13 dan juga semasa pada 2008 semasa Datuk Seri Anwar bertanding.
 
"Isu-isu yang dibawa juga tidak memberi kesan sangat kepada pengundi di Permatang Pauh. Ceramah-ceramah pun kalau kita lihat agak kurang menarik," tambahnya.
 
 

PRK Permatang Pauh paling ganas buat SPR

SINAR HARIAN

PRK Permatang Pauh paling ganas buat SPR Pasukan Unit Polis Simpanan Persekutuan mengawal Sekolah Kebangsaan Tanah Liat apabila berlaku ketegangan diantara penyokong Barisan Nasional dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh di Bukit Mertajam hari ini. - Foto Bernama
 
 
 
BUKIT MERTAJAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh sebagai yang paling ganas dengan banyak insiden provokasi antara penyokong parti-parti politik yang bertanding.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tindakan penyokong yang terlalu beremosi antara penyebab berlakunya perkara tidak diingini.
  
"Sehingga hari ini, PRK ini yang paling buruk pernah saya alami dengan keganasan penyokongnya dan banyak insiden yang berlaku," katanya kepada pemberita selepas ditemui di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, hari ini.
  
Beliau berkata para penyokong pada PRK Permatang Pauh sangat agresif berbanding PRK Rompin, hingga menyebabkan ada yang cedera dan harta benda rosak.
  
Mengenai mereka yang melanggar peraturan berkempen, Abdul Aziz berkata SPR akan menyerahkan perkara itu kepada polis untuk siasatan dan tindakan.

Abdul Aziz berkata semua aduan yang diteriam SPR juga akan diserahkan kepada polis untuk disiasat.
  
"Polis akan lakukan siasatan dan sekiranya mereka mempunyai bukti kukuh, kes itu akan diserahkan kepada AG (Pejabat Peguam Negara) untuk tindakan selanjutnya," katanya.
  
Semasa proses pengundian tengah hari tadi, seorang pemberita dan seorang anggota polis cedera akibat 'perang' objek yang dibaling oleh penyokong kedua-dua pihak, selain kereta SPR turut dirosakkan.
  
Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN Suhaimi Sabudin, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Azman Shah Othman (PRM) dan Salleh Isahak (Bebas). - Bernama


Khamis, 7 Mei 2015

[KEMASKINI] PKR dahului di 3 pusat undi, BN 1 setakat 7 malam

 Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic
 
 
 
PERMATANG PAUH: Keputusan tidak rasmi PRK Permatang Pauh setakat jam 7 malam, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendahului di tiga pusat mengundi manakala Barisan Nasional (BN) di satu pusat mengundi. 
 
Berikut adalah keputusan tidak rasmi PRK Permatang Pauh:
 
Telok Wang - BN 149, PKR 116 dari Saluran 1
 
PDM Sg Lembu – BN 52, PKR 150 dari Saluran 2
 
Telok Wang: BN 35, PKR 31 dari Saluran 2
 
Tanah Liat - BN 827, PKR 774
 

Bertumbuk, Baling Kerusi, Maki Hiasi PRK Parlimen Permatang Pauh

Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
 

BUKIT MERTAJAM: Insiden keganasan dan kekecohan antara penyokong pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) mencemari suasana Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh yang berlangsung pada Khamis.

Bermula dengan ‘perang mulut’, ketegangan kedua-dua penyokong berkenaan akhirnya tidak terkawal hingga berlakunya insiden tumbuk-menumbuk.

Lebih buruk apabila pegaduhan tersebut turut mencederakan seorang petugas media dari portal berita KLXpress, Mahathir Mohammad.

Mangsa dipukul dalam kejadian kekecohan di luar pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Tanah Liat di sini.

Namun tidak dapat dipastikan individu yang memukul mangsa terdiri daripada pihak mana.

Selain itu kekecohan turut dikesan berlaku di bawah jejambat berhampiran pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Seri Penanti.

Bagaimanapun penyokong daripada Pakatan Rakyat dan BN yang berkumpul di bahu jalan hanya berperang mulut hingga menyebabkan kesesakan teruk sepanjang empat kilometer.

Sesekali kumpulan berkenaan bertindak agresif khususnya ketika sebuah kenderaan jenis Kancil dengan bendera PKR yang melintasi kawasan itu membawa replika mayat berbungkus kain putih.

Tindakan provokasi itu mengundang kemarahan di kalangan penyokong BN. Namun tiada kejadian tidak diingini berlaku terhadap kenderaan terbabit.

Kekecohan turut berlaku di beberapa lokasi lain seperti di Kubang Semang dan Guar Perahu namun berjaya dikawal oleh anggota polis.

Kesemua 25 pusat pengundian ditutup 5 petang

SINAR HARIAN

PRK Permatang Pauh PRK Permatang Pauh
 
 
 
PERMATANG PAUH - Kesemua 25 pusat pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh ditutup pada 5 petang ini, setelah dibuka 8 pagi tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi PRK itu mencapai 80 peratus tetapi sehingga 5 petang, anggaran yang keluar mengundi ialah 73 peratus.

SPR dalam kenyataan berkata proses pengiraan undi dijalankan selepas proses pengundian tamat pada 5 petang dan keputusan rasmi dijangka diketahui seawal 9 malam ini.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan saingan empat penjuru antara calon BN Suhaimi Sabudin, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Salleh Isahak (Bebas) dan Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia).

PRK itu diadakan berikutan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai wakil rakyat setelah disabitkan kesalahan liwat dan sedang menjalani hukuman penjara lima tahun.

Pada pilihan raya umum ke-13 lalu, Anwar yang bertanding atas tiket PKR menang kerusi Parlimen Permatang Pauh setelah mengalahkan calon BN Dr Mazlan Ismail dan calon Bebas Abdullah Zawawi Samsudin, dengan majoriti 11,721 undi.

Terdahulu, proses pengundian hari ini berjalan lancar walaupun terdapat provokasi di beberapa pusat pengundian, antaranya di Guar Perahu, Mengkuang dan Tanah Liat.

Sejak awal pagi, penyokong PKR dan BN berkumpul di bahu-bahu jalan bagi menyatakan sokongan kepada calon mereka, dan anggota polis trafik dilihat mengawal lalu lintas di beberapa kawasan yang sesak.

Suhaimi dan anggota keluarganya mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, di sini, manakala Dr Wan Azizah mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti.

Azman Shah dan Salleh, masing-masing tidak mengundi kerana bukan pengundi berdaftar bagi kawasan Parlimen berkenaan.

Sebanyak 71,252 pengundi biasa layak mengundi hari ini, manakala 549 orang atau 87.6 peratus daripada 627 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka Ahad lepas. - Bernama


Pilihan Raya Kecil : Ucapan Kazim Alias lebih bersifat politik



 Oleh ANIS NAZRI


KUALA LUMPUR: Ucapan Dato’ Mohammad Kazim Elias yang menyeru pengundi Permatang Pauh agar mengundi calon yang menyokong hudud lebih bersifat politik, bagi memenangkan calon BN, Suhaimi Shabuddin pada pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh.

Walhal, penceramah bebas itu sepatutnya perlu bertanya atau mengambil tahu pendirian KeADILan yang beriman kepada hukum Allah, tegas Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Ke- ADILan, Dr Md Nur Manuty.

Bercakap kepada Harakah 5 Mei lalu, Md Nur berkata, KeADILan berpendirian bahawa soal hudud itu berkait dengan keimanan dengan mana-mana yang beragama Islam di dalam parti itu.

“Bukan sahaja KeADILan, Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail sendiri berpendirian bahawa hudud ini berkait dengan keimanan bagi mana-mana yang beragama Islam.
Jadi sudah tentulah kami di dalam KeADILan beriman dengan hukum Allah,” kata beliau.

Bagaimanapun, kata beliau, timbulnya perbezaan pendapat berkaitan hukum hudud apabila ia melibatkan soal pendekatan dan persiapan undang-undang itu sendiri.

“Cuma soalnya beza pendapat dengan pandangan ulamak yang mana perlu berlaku secara beransur- ansur, melihat realiti, dalam masa sama mengutamakan Maqasid Syariah. Bukan soal KeADILan mahupun Wan Azizah tidak menyokong hudud,” kata Md Nur lagi.

Sementara itu, Pemangku Ketua  Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed berkata, Umno sendiri tidak pernah menyatakan pendirian tentang sokongan mereka terhadap hudud.

“Secara umumnya, memang orang Islam wajib menyokong hudud, tetapi siapa yang dimaksudkan beliau (Ustaz Kazim)?

Kerana Umno sendiri belum menyatakan pendirian mereka tentang sokongan terhadap hudud itu sendiri,” tegas beliau. Sebelum ini, Ustaz Kazim mengingatkan pengundi di Permatang Pauh supaya memilih calon pilihan raya kecil Parlimen itu yang menyokong hudud.

Merujuk kepada sokongan BN di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan sebelum ini, Kazim berkata kekuatan undi diperlukan untuk membolehkan undang-undang itu dilaksanakan.

“Kalau dibawa di Parlimen dia memerlukan kekuatan tetapi kalau ahli Parlimen tak menyokong hudud walau dia Melayu sekali pun macam mana undang-undang itu hendak menang.

“Sebab itu di Parlimen Permatang Pauh ini sekali pun, kita kena tengok ahli Parlimen itu boleh angkat tangan sokong hudud atau tidak,” kata beliau dalam ceramahnya di Permatang Pauh.

Sarjan Wong’ tumpas di Permatang Pauh

 Adam Abu Bakar

Dia meminta data pengundi daripada petugas PKR dan tindak tanduk itu telah mendatangkan kecurigaan sehingga telefon bimbitnya dirampas.

gari_polis_600


PERMATANG PAUH: Petugas Parti Keadilan Rakyat (PKR) menangkap seorang lelaki yang mendakwa dirinya Pegawai Perisik Tentera (MIO).

Kejadian berlaku di Pusat mengundi di SJK(C) Jit Sin, Berapit, kira-kira jam 12 tengahari.

Lelaki itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Sarjan Wong telah memakai baju PKR sejak waktu pengundian bermula jam lapan pagi.

Saksi kejadian D Suhana,37, yang juga salah seorang petugas PKR, berkata dia dan beberapa petugas lain berjaya menangkap Sarjan Wong kerana tindak tanduknya yang mencurigakan.

“Beliau meminta beberapa data daripada saya. Namun, saya hairan, kenapa setelah tengah hari dia masih meminta data daripada kami dan tidak mengundi,” katanya.

Ujar Suhana lagi, beliau mendesak supaya lelaki tersebut menunjukkan kad pengenalannya namun lelaki itu enggan berbuat demikian.

“Saya dan beberapa orang petugas lain terus merampas telefon bimbitnya dan selepas memeriksa data di telefon, kami mendapati beberapa data telah dihantar ke group Whatsapp BN,” katanya.

Suhana berkata, Sarjan Wong tersebut mengaku menerima upah RM100 sehari tetapi memberi kenyataan berubah-ubah.

“Mulanya dia kata hanya datang untuk mengawal keselamatan. Tetapi apa yang dia lakukan adalah sebaliknya,” katanya.

Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasah membawa perisik berkenaan ke Balai Polis Perda untuk membuat laporan.

“Ini adalah salah guna kuasa yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menggunakan kakitangan kerajaan untuk tujuan politik,” kata Sivarasah.

SPR: Jumlah keluar mengundi lebih baik dari Rompin


Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
 
 
 
PERMATANG PAUH - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, sasaran 80 peratus jumlah keluar mengundi pada PRK Permatang Pauh boleh dicapai sekiranya peratusan mengundi setiap jam tidak kurang daripada 12 peratus.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, jumlah keluar mengundi dari jam 8 pagi hingga 11 pagi yang mencecah 33 peratus memberi petanda baik.

"Jumlah keluar mengundi di PRK Permatang Pauh lebih baik berbanding PRK Rompin kerana purata keluar mengundi setiap jam turut rendah.

"Pada masa ini, purata setiap jam mencecah 11 peratus dan jika ini berterusan hingga habis (mengundi), ia petanda baik (cecah 80 peratus)," katanya kepada pemberita di Pusat Media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, SPR akan mengumumkan keputusan pilihan raya kawasan itu selewat-lewatnya jam 9 malam ini.

"Keputusan tidak rasmi PRK Permatang Pauh boleh diketahui antara jam 7 hingga 7.30 malam.

"Lazimnya parti politik yang bertanding akan dapat keputusan seawal 6.30 petang ini," katanya lagi.

Buluh digantung mi segera

MALAYSIAKINI


Keadaan di Kubang Semang berhampiran Sekolah Kebangsaan Seri Penanti semakin meriah apabila penyokong PKR dan BN semakin bertambah.

Dianggarkan penyokong PKR sekitar 300 orang manakala penyokong BN kira-kira 100 orang.

Anggota polis kini semakin bertambah bagi mengawal situasi di kawasan itu.

Mereka meletakkan pita halangan polis di kedua-dua bahu jalan bagi memastikan para penyokong tidak menghalang lalulintas.

Terdapat juga penyokong PKR yang membawa buluh yang digantung mi segera dan duit sebagai simbol - mee segera dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan melaungkan "Reformasi".

Penyokong BN pula membunyikan vuvuzela dan mengibarkan bendera sambil menyanyikan lagi "Inilah barisan kita" dan turut membalas laungan PKR dengan "Transformasi"

Sementara itu, Bernama melaporkan 24 pusat mengundi dengan 130 saluran untuk PRK Parlimen Permatang dibuka mulai 8 pagi ini. Pusat mengundi itu akan ditutup pada 5 petang.

Calon BN Suhaimi Sabudin mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu.

Manakala calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah pula mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti.

Calon Parti Rakyat Malaysia, Azman Shah Othman dan Salleh Isahak (Bebas) tidak mengundi.

Proses pengundian awal membabitkan 627 pengundi telah diadakan pada Ahad lepas di dua saluran iaitu di Dewan Gemilang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) dan di berek kelamin Balai Polis Kubang Semang.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata SPR menjangkakan jumlah yang akan mengundi mencapai 80 peratus daripada 71,890 orang yang layak mengundi di kawasan itu.

"SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi kali ini menurun kepada 80 peratus daripada 88.50 peratus pada pilihan raya umum ke-13 pada Mei, 2013," katanya.

Beliau berkata keputusan PRK Parlimen Permatang Pauh dijangka diketahui seawal 9 malam.

Proses pengiraan undi PRK ini akan dilakukan di tempat mengundi dan bukan di pusat penjumlahan rasmi undi, sebaik sahaja proses pengundian tamat pada 5 petang ini.

Hari ini merupakan cuti peristiwa di Pulau Pinang dan dijangka lebih ramai pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka.


Ejen pengundian PKR awasi pengundi hantu

MALAYSIAKINI



 
 
 
Ekoran peringatan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli tentang kemungkinan wujud pengundi hantu hari ini di pusat pengundian Permatang Rawa, ejen pengundian PKR telah diarahkan supaya memantau nama-nama tertentu yang mencurigakan.

Menurut Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Rashid Hasnon yang dipertanggungjawabkan di pusat pengundian tersebut, dua nama telah dikenal pasti oleh parti itu.

"Berdasarkan maklumat kami, mereka didaftarkan sebagai pengundi di saluran 4 dan 5, jadi ejen pengundian kita yang bertugas di kedua-dua saluran itu akan memantau sama ada mereka keluar mengundi atau tidak."

"Sebaik sahaja mereka muncul, kami akan segera melaporkan dan menyerahkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan," katanya kepada pemberita di luar SMK Permatang Rawa.

Sementara itu, Bernama melaporkan 24 pusat mengundi dengan 130 saluran untuk PRK Parlimen Permatang dibuka mulai 8 pagi ini. Pusat mengundi itu akan ditutup pada 5 petang.

Calon BN Suhaimi Sabudin mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu.

Manakala calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah pula mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti.

Calon Parti Rakyat Malaysia, Azman Shah Othman dan Salleh Isahak (Bebas) tidak mengundi.

Proses pengundian awal membabitkan 627 pengundi telah diadakan pada Ahad lepas di dua saluran iaitu di Dewan Gemilang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) dan di berek kelamin Balai Polis Kubang Semang.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata SPR menjangkakan jumlah yang akan mengundi mencapai 80 peratus daripada 71,890 orang yang layak mengundi di kawasan itu.

"SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi kali ini menurun kepada 80 peratus daripada 88.50 peratus pada pilihan raya umum ke-13 pada Mei, 2013," katanya.

Beliau berkata keputusan PRK Parlimen Permatang Pauh dijangka diketahui seawal 9 malam.

Proses pengiraan undi PRK ini akan dilakukan di tempat mengundi dan bukan di pusat penjumlahan rasmi undi, sebaik sahaja proses pengundian tamat pada 5 petang ini.

Hari ini merupakan cuti peristiwa di Pulau Pinang dan dijangka lebih ramai pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka.
 
 

Permatang Pauh: Ada berakhir di hospital

MALAYSIAKINI


 


Berlaku pergaduhan antara penyokong BN dan PKR dan anggota polis terpaksa meleraikannya di sebuah sekolah di Permatang Pauh.

Ia menyaksikan terdapat penyokong yang cedera semasa pergaduhan itu telah dihantar ke hospital.

Susulan itu, kelihatan lapan buah trak polis berada di Sekolah Kebangsaan Tanah Liat ditempatkan di kawasan itu menjelang jam 1 tengahari tadi.

Puluhan anggota polis antirusuhan berkawal di hadapan sekolah tersebut.

Seramai kira-kira 200 penyokong BN dan PKR berada bertentangan jalan di sekitar Tanah Liat.

Turut kelihatan exco Pemuda Umno Arman Azha Abu Hanifah dan dan Ibdilillah Ishak dalam kalangan penyokong BN.

Berlaku juga perang mulut antara penyokong BN dan PKR.




Jangan emosi, 'boo' bukan budaya kita, kata SPR


Jangan emosi, 'boo' bukan budaya kita, kata SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang media di Pusat Media Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di Kolej Komuniti Seberang Jaya, Pulau Pinang, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN
 
 
 
PERMATANG PAUH - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kesal dengan sikap segelintir penyokong dan peraih undi dari kedua-dua parti yang bertanding pada PRK Parlimen Permatang Pauh yang bertindak agresif dan beremosi.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tindakan penyokong calon yang mengejek pihaknya dengan panggilan "boo" amat dikesali sambil menyifatkannya sebagai bukan budaya rakyat Malaysia.

"Nampaknya penyokong sangat agresif berbanding PRK Rompin, di sana penyokong parti tak macam itu.

"Ada juga yang berdiri tepi jalan merayu tapi mereka tak agresif dan emosional (seperti Permatang Pauh), rombongan kami (SPR) pun dia boo kita, itu tak baik bukan budaya kita, mereka ini tak ramai cuma 20 orang saja," katanya pada sidang media di Pusat Media Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di Kolej Komuniti Seberang Jaya, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya lagi, SPR terpaksa membatalkan lawatannya ke beberapa pusat mengundi selepas dinasihatkan polis untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

"SPR hanya pergi ke sebuah sekolah sahaja iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn.

"Pihak polis nasihatkan kita supaya tidak pergi ke beberapa sekolah lain berikutan berlaku perkara tidak diingin seperti baling kerusi, caci-mencaci dan ancaman antara penyokong calon," jelasnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya pemberita tentang tahap keselamatan kertas undi undi dibawa keluar ke pusat penjumlahan undi, beliau bagaimanapun berkata perkara itu tidak timbul.

Jelasnya, sebelum kertas undi dibawa keluar, petugas SPR akan memindahkan kiraan undi tersebut ke atas Borang 14.

"Peti undi yang dibawa keluar itu simbolik, ia tidak beri makna kepada jumah pengundi, kerana ia telah dipindah ke Borang 14.

"Yang perlu dijaga keselamatan adalah borang 14," katanya.


Suasana meriah di ceramah mega Pakatan

MALAYSIAKINI


 


Suasana di sekitar parlimen Permatang Pauh meriah pada malam terakhir sebelum tempoh berkempen tamat pada jam 12 malam ini.

Ribuan orang menghadiri ceramah mega Pakatan Rakyat di Tapak Ekspo Seberang Jaya.

Deretan gerai juga memeriahkan lagi Tapak Ekspo tempat ceramah mega itu berlangsung malam ini.

Antara penceramah malam ini ialah Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Ketika berucap dihadapan kira-kira 1,000 orang, Rafizi merayu supaya seluruh pengundi Permatang Pauh mengundi Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Menurut ahli parlimen Pandan itu, seluruh pengundi Permatang Pauh memikul amanah daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan kerusi itu kekal menjadi milik PKR.

"Saya minta keluar awal dan perhati segala pergerakan terutama pergerakan peti undi. Insya-Allah esok kita doa supaya Wan Azizah menang dengan majoriti besar daripada BN," kata Rafizi.

Ceramah Pentas Pemuda Pakatan di Pusat Khidmat DAP Taman Ciku turut menyaksikan kehadiran kira-kira 1,000 orang.

Malah, golongan muda turut tidak ketinggalan memeriahkan malam terakhir kempen dengan berkonvoi motosikal di sekitar parlimen Permatang Pauh dengan membawa bendera PKR dan BN.

Kumpulan konvoi motosikal itu membunyikan hon sambil mengibarkan bendera.

Esok merupakan hari penentu siapakah yang akan memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh yang sebelum ini diwakili Anwar.

Calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil ini ialah Wan Azizah, Suhaimi Sabudin (BN), Azman Shah Othman (PRM) dan Salleh Isahak (bebas).


Permatang Pauh: Penentuan di tangan pengundi hari ini

MALAYSIAKINI



 
 
 
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh berakhir malam tadi dan seramai 71,890 pemilih layak untuk mengundi hari ini bagi memilih wakil rakyat mereka.
 
PRK Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN Suhaimi Sabudin, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas). 
 
Namun saingan sebenar ialah antara Suhaimi, yang juga setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh, dan Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR.
 
Sejak hari penamaan calon pada 25 April lepas, BN dan PKR bersungguh-sungguh melaksanakan kempen masing-masing bagi menambat hati pengundi.
 
Bagi PKR, Permatang Pauh adalah kubu kuat bekas penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun ekoran sabitan tuduhan liwat.
 
BN pula mahukan kemenangan di Permatang Pauh bagi membawa perubahan di kawasan itu, yakni pembangunan yang diperlukan para penduduknya.
 
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidddin Yassin dalam sidang media pada hari penamaan calon berkata cabaran yang perlu dilalui BN pada PRK Parlimen Permatang Pauh agak sukar dan diibaratkan seperti 'mendaki gunung'.
 
Katanya, tidak mustahil Suhaimi mencipta kemenangan kerana beliau adalah anak tempatan yang hatinya hanya di Permatang Pauh, sedangkan Dr Wan Azizah adalah orang luar yang menjadi "wakil suami".
 
PKR dan Dr Wan Azizah pula banyak membangkitkan soal keadilan untuk Anwar selain membangkitkan tentang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
 
Sejak hari penamaan calon, BN lebih banyak 'menyerang' manakala PKR dan Pakatan Rakyat 'bertahan' untuk menjawab segala isu yang dibangkitkan oleh BN.
 
Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, isu pelaksanaan GST adalah satu isu nasional yang kesannya mungkin dirasai di semua peringkat. 
 
BN perlu menerima hakikat bahawa isu GST boleh mempengaruhi pengundi di kawasan Permatang Pauh jika tidak ditangani dengan baik.

"Ada kesannya (GST). Parlimen Permatang Pauh boleh dikira satu kawasan bandar dan isu ekonomi agak kuat berbanding isu-isu lain," katanya.- Bernama
 
 

Selasa, 5 Mei 2015

DAP selar kempen janji kosong MIC di Permatang Pauh

Konvensyen_DAP_Kasthuri_Patto

Roketkini.com


BATU KAWAN: Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto menyelar “politik tabur janji” MIC yang dikatakan telah berjanji untuk membina kuil di Permatang Pauh demi meraih undi kaum India.

Menurut Kasthuri, MIC seharusnya menunaikan janji-janji mereka sebelum ini daripada asyik menabur janji di PRK Permatang Pauh, termasuklah pembinaan sekolah tamil baru di Sungai Bakap yang daif sejak 1967.

“Daripada sampaikan peruntukan RM 50,000 untuk sebuah kuil di Seberang Jaya, mengapa tidak MIC yang kononnya juara orang India menggunakan wang itu untuk gantikan sekolah tamil yang daif di Sungai Bakap?

“Bukan saja Timbalan Menteri Pendidikan dari MIC P Kamalanathan sibuk mengelak daripada menjawab soalan ini, beliau malah langsung tak bangkitkan mengenai hal ini di Parlimen. Ini amat memalukan,” ujar Kasthuri.

Menyifatkan MIC sebuah parti yang kerap kali khianat serta berbohong, Kasthuri turut mempersoalkan peranan parti itu yang memegang dua kementerian penuh serta dua jawatan timbalan menteri namun dilihat tidak berbuat apa-apa selain hanya menabur janji kepada kaum India.

“Kenapa tak ada usaha melobi untuk membina sekolah Tamil di Pulau Pinang di mana kerajaan negeri sudah peruntukkan tanah untuk tujuan itu? Lihatlah betapa berkesannya MIC dan UMNO selesaikan isu yang tak pernah selesai dalam negara.

“Sepatutnya MIC mencontohi Perdana Menteri kesayangan mereka dengan memohon maaf kepada rakyat atas pengkhianatan dan pembohongan terhadap rakyat Malaysia terutamanya kepada masyarakat India sejak 69 tahun lalu,” tegas Kasthuri lagi. – Roketkini.com


MCA dakwa dikasari ketika berkempen

MALAYSIAKINI


 


MCA mendakwa anggota mereka diserang dan dicederakan ketika program kempen anjuran parti itu di Seberang jaya malam tadi.

Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Pulau Pinang, Gui Guat Lye mendakwa, dia dicederakan lima lelaki selepas ceramah di Taman Kelisa Emas kira-kira jam 9 malam tadi.

Menurut Gui, laporan polis dibuat di Balai Polis Bandar Perda kira-kira dua jam kemudian.

Katanya, kejadian berlaku ketika dia mengiringi seorang pemimpin MCA, Dr Leong Yong Kong yang ketika itu baru habis memberikan ucapan dan ingin bersalaman dengan hadirin.

"Kemudian Leong didatangi sekumpulan lelaki berusia antara 40-an hingga 50-an tahun dan memintanya menjelaskan mengapa hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.

"Walaupun diganggu, Leong masih bertanya kepada mereka secara baik mengapa dia disoal menggunakan ayat kasar. Kemudian saya menghampiri mereka dan memberitahu dia bahawa jangan guna ayat yang tidak elok," katanya di sidang media hari ini.

Cuba dipukul dengan kayu

Selepas itu, kata Gui, kumpulan lelaki terbabit bertindak agresif dengan menarik kolar baju sebelum menolaknya.

Malah, katanya, salah seorang daripada mereka mengambil kayu dan cuba memukul.

Apabila gagal penyerang mengambil kerusi plastik dan sekali lagi cuba mencederakannya.

Pada sidang media sama, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang Micheal Lee berkata kekasaran turut berlaku di pasar pagi di Seberang Jaya.

Katanya, bersama sekumpulan ahli MCA bertembung dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Dia kemudian mengajukan soalan mengenai kereta yang diparkir secara salah oleh Guan Eng namun tidak diendahkan ketua menteri terbabit.

"Sebaliknya ada seseorang yang mengiringi Lim menegur saya denganperkataan kasar, kurang ajar serta mencekik saya," katanya.

Lelaki itu kemudian didakwa Lee ialah ahli dewan undangan negeri Seberang Jaya, Afifi Bahardin.

Pada sidang media berasingan pula, Ketua Pemuda Sosialis DAP Ng Wei Aik berkata, pihaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat kejadian tersebut.

Isnin, 4 Mei 2015

Mat Sabu ingatkan ahli PAS kenang "budi" PKR dan DAP

 Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic
 
 
 
PULAU PINANG: Bimbang dengan kemungkinan PKR kehilangan undi penyokong  PAS di Permatang Pauh, timbalan presiden parti itu, Mohamed Sabu menjaja keperluan untuk mereka terus memberi sokongan kepada DAP dan PKR  jika ingin menawan Putrajaya. 
 
Mohamed Sabu atau dikenali Mat Sabu mencanang kronologi peristiwa yang membuahkan Pakatan Rakyat  dalam  siri ceramah beliau bagi menyakinkan  penyokong PAS  untuk mengundi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pilihan raya kecil kerusi parlimen itu Khamis ini. 
 
Malah beliau berkata mantan  Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah memimpin Kelantan dan Terengganu hanya apabila PAS bergading dengan parti politik lain. 
 
"Tahun 1978 kita lawan BN tetapi tidak menang, tidak boleh ambil semula Kelantan, tahun 1982, kita lawan semula BN untuk ambil Kelantan pun tidak boleh juga, tahun 1990, bila BN pecah, kita tahaluf dengan Semangat 46, kita lawan UMNO, kita menang dan tawan Kelantan.
 
"Nik Aziz jadi menteri besar selepas menang, maknanya kita ambil pakatan politik dan bukan PAS seorang," katanya di hadapan kira-kira 150 ahli PAS dan orang luar yang datang memerhati di Markaz Besar PAS Pejabat ADUN Permatang Pasir.
 
" Kita menang di Terengganu setelah ada barisan alternatif walaupun Keadilan tidak berapa besar di Terengganu, kita sokong dia, dia sokong kita, Tok Guru Haji Hadi dapat menjadi menteri besar Terengganu.
 
"Hasil daripada pakatan dan keadilan," kata beliau, merujuk kepada kejayaan PAS menubuhkan kerajaan negeri di Terengganu pada pilihan raya umum 1999 namun ia tewas pada PRU seterusnya. 
 
Kupasan sejarah itu diungkit Mat Sabu berikutan gertakan ahli-ahli PAS di peringkat akar umbi yang mengancam mahu menafikan 10,000 undi untuk Wan Azizah di Permatang Pauh. Mereka marah kerana tindakan PKR membidas Hadi sebelum ini.   
 
Kelmarin, ketua penerangan PAS Bagan Azmi Jaafar berkata ramai penyokong PAS di kawasan itu akan menolak Wan Azizah pada hari mengundi.  
 
Azmi berkata mereka tidak akan mengundi untuk orang yang biadab dan tidak menghormati serta seringkali memperlekehkan Hadi.
 
Setakat ini Hadi enggan memberikan sokongan terbuka kepada Wan Azizah, sekali gus menambah kegelisahan Mat Sabu dan pemimpin Anwarista lain dalam PAS yang ghairah berkempen untuk memenangkan presiden PKR itu. 
 
Semalam Hadi berkata beliau terlalu sibuk dengan majlis lain selain mendapatkan rawatan sehingga tidak sempat untuk berkempen di Permatang Pauh. 
 
Hadi mempunyai pengaruh luas dalam PAS Pulau Pinang dan ketiadaan beliau di Permatang Pauh dijadikan isyarat oleh akar umbi PAS menolak Wan Azizah. 
 
Dalam ceramahnya,  Mat Sabu juga berkata hasil kerjasama dengan DAP dan PKR, pemimpin-pemimpin PAS  dapat rasa menjadi menteri besar di negeri-negeri lain seperti Perak dan Kedah. 
 
Justeru beliau mendakwa amat penting untuk PAS memberikan sokongan kepada Wan Azizah pada PRK Permatang Pauh. 
 
Bagaimanapun Mat Sabu  tidak mengupas tindakan pemimpin-pemimpin PKR mengutuk Hadi serta menentang hasrat PAS melaksanakan hudud di Kelantan yang menjadi punca kemarahan ahli PAS di Permatang Pauh.


Tarikh mengundi PRK P Pauh tak beri kelebihan

SINAR HARIAN

Khairy Jamaluddin Khairy Jamaluddin. - Foto Bernama
 
 
 
BUKIT MERTAJAM - Soal tarikh mengundi pada hari bekerja tidak memberikan kelebihan kepada mana-mana pihak seperti mana yang didakwa pemimpin Parti Keadilan Rakyat, kata Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan tarikh dan sudah pasti semua parti yang bertanding harus berkerja keras untuk memanggil pengundi mereka di luar kawasan untuk balik mengundi.

"Ini satu gelanggang pertandingan yang sama rata di mana Barisan Nasional sendiri juga terpaksa memanggil pengundinya sendiri untuk balik mengundi.

"Tarikh ini bukan satu tarikh yang menimbulkan kemusykilan bagi satu-satu pihak, dua-dua pihak yang bertanding harus bekerja keras untuk memanggil balik pengundi mereka untuk membuang undi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program santai futsal di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas calon PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang mendakwa peratusan keluar mengundi dalam Pilihan Raya (PRK) Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini akan turun kerana dipengaruhi oleh kerajaan pusat. 

Sementara itu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata tiga faktor yang menyebabkan sokongan pengundi muda kepada BN di Permatang Pauh semakin baik.

Beliau berkata tiga faktor itu termasuk pemilihan calon yang tepat, jentera pemuda yang mantap dan kemelut dalaman yang tidak berkesudahan dalam pakatan pembangkang.

"Ini trend yang berlaku dengan ketara dalam kalangan pengundi muda di Permatang Pauh menyebabkan sokongan terhadap pakatan pembangkang mula merosot.

"Calon BN kali ini adalah orang muda anak tempatan yang sememangnya berada di kawasan setiap masa seperti mana yang diharapkan pengundi dan yang penting bukan ahli Parlimen separuh masa," katanya.

Katanya, beliau turut menerima 53 borang keahlian daripada pemuda PKR Pusat Daerah Mengundi Taman Sembilang yang kecewa dengan kepimpinan parti itu, untuk menyertai UMNO. 

Beliau berkata ini satu petanda yang baik dan jentera pemuda harus melipatgandakan lagi usaha untuk mendekati hati pengundi muda kawasan berkenaan.

"Keretakan hubungan pakatan pembangkang juga dilihat sebagai bonus untuk BN meraih sokongan pengundi muda untuk memihak kepada BN.


"Saya berharap momentum sokongan yang semakin cenderung memihak kepada BN akan berkekalan," katanya.

Tambahnya, pengundi muda di Permatang Pauh harus memberi peluang kepada calon BN Suhaimi Sabudin untuk mewakili suara golongan muda di kawasan Parlimen itu.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh 7 Mei menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Suhaimi, Dr Wan Azizah, Salleh Isahak (Bebas) dan Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia). - Bernama


Ahad, 3 Mei 2015

Hadi tidak pasti siapa protes calon PKR

SINAR HARIAN

Abdul Hadi Awang Abdul Hadi Awang
 
 
 
KOTA KINABALU - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau tidak mengetahui secara pasti golongan yang membuat protes terhadap calon PKR bagi PRK Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
  
Ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyan Pas Sabah di sini hari ini, beliau berkata mungkin golongan itu adalah pihak yang cuba membuat provokasi pada musim pilihan raya parlimen di kawasan berkenaan.
  
Ketika ditanya sebab beliau tidak turun berkempen di Permatang Pauh, Abdul Hadi berkata, beliau sibuk dengan program parti yang diatur lebih awal selain terpaksa berulang ke hospital untuk menerima rawatan.
  
Mengenai pendirian Pas Pusat berhubung anggota PR Sabah khususnya DAP yang menolak pembabitan Pas dalam PR Sabah, Abdul Hadi berkata, terpulanglah kepada PR negeri masing-masing untuk membuat keputusan namun Pas masih anggota PR Pusat.
  
Dalam perkembangan lain, beliau menegaskan Pas tetap dengan pendiriannya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan berpegang kepada persetujuan dicapai di kalangan pemimpin-pemimpin PR sebelum ini yang memulangkan kepada parti masing-masing dalam soal pendirian parti yang berbeza.
  
Katanya Pas akan melaksanakan undang-undang jenayah syariah di negara ini secara demokrasi dan Pas mengemukakan hukum hudud di Kelantan serta undang-undang jenayah syariah di Terengganu kerana parti itu menang besar dalam beberapa pilihan raya umum lalu di negeri berkenaan.