Khamis, 7 Mei 2015

Pengurusan di Malaysia lemah-JobStreet

 
Sebanyak 71 peratus daripada responden kaji selidik menyampaikan rasa tidak puas hati mereka disebabkan oleh pengurusan yang kurang bermutu.


jobstreet_600


PETALING JAYA: Kajian JobStreet.com mendapati hampir 74 peratus rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan pekerjaan mereka.

Ia dikatikan dengan kelemahan sistem pengurusan yang teruk di tempat kerja.

Kaji selidik ‘Kepuasan Pekerjaan di Malaysia’ yang dilakukan agensi itu turut mendedahkan selain faktor gaji dan faedah, kelemahan pengurusan dan kepimpinan menjadi penyumbang utama kepada ketidakpuasan pekerja.

“Sebanyak 71 peratus daripada responden kaji selidik tidak berpuas hati mereka disebabkan oleh pengurusan yang kurang bermutu. Lebih separuh daripada mereka terdiri daripada eksekutif kanan dan pengurus,” petik JobStreet .

11 peratus responden yang ditemui mengaitkan rasa tidak puas hati dengan gaji yang diterima.
Daripada peratusan itu, 40 peratus berpendapat bahawa gaji mereka terlalu rendah dan 21 peratus akui mereka tidak boleh hidup dengan gaji sedia ada mereka.

Kaji selidik itu juga memberi amaran bahawa 74 peratus responden menyatakan kesediaan untuk meninggalkan pekerjaan dalam jangka masa kurang setahun apabila tidak berpuas hati dengan kerja, manakala 32 peratus lagi merancang berbuat demikian dalam tempoh masa tiga tahun akan datang.

Tiada ulasan: