Jumaat, 1 Mei 2015

Mahu undang kara PKR atau 'Xiaomi' BN?

MALAYSIAKINI


 


Macam-macam ragam kempen pilihan raya di Permatang Pauh, bermula daripada udang kara bakar PKR sehingga 'Xiaomi' BN.

Minggu ini menyaksikan pelbagai drama.

Calon PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail antaranya mengaku menjadi mangsa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana menggunakan kad prabayar.

“Saya mangsa GST. Saya kena bayar lebih 6 peratus untuk tambah nilai telefon,” katanya.

Pada hari yang sama, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tampil dengan apron biru dan memanggang udang kara untuk penduduk di Jalan Kg Baru.

“Ini bukan makanan yang kamu makan tiap hari tetapi ia tak kena GST seperti susu, pamper, mee Maggie atau sardin,” katanya.

Pada Rabu, Azizah membeli belah di sebuah pasar mini di Kubang Semang.

Selepas membayar bil, beliau berkata, “saya faham perasaan sebenar suri rumah”.

“Merekalah yang merasai beban kerana membeli barangan ini setiap hari,” katanya sambil menjinjing bakul barangan.

Di pihak BN pula suasana agak berbeza. Beliau membawa seruan perubahan.

Isu berkaitan bangsa atau gama kali ini bukan pilihan.

Suhaimi juga menggunakan kehadiran pemimpin besar BN seperti Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk meraih sokongan.

Daripada bahan kempen, BN memaparkan Suhaimi berbaju kemeja-T biasa, seperti penampilan budak kampung biasa di posternya.

Beliau sentiasa bersalam dengan semua orang, walaupun kanak-kanan, dan tidak lekang dengan senyuman.

Kepada orang Melayu, Suhaimi gelar dirinya sebagai "Abang Mie".

Kepada orang Cina, beliau perkenalkan diri sebagai "Xiaomi", sempena nama telefon terkenal buatan China.

Dengan gelaran itu, beliau mahu menggambarkan dirinya mudah dihubungi.


Tiada ulasan: