Sabtu, 9 Mei 2015

Kit Siang sokong Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang

ANTARAPOS.COM


Post Pic



KUALA LUMPUR: Tokoh DAP Lim Kit Siang secara terbuka menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang baru hari ini.

“Kemenangan memberangsangkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di PRK Permatang Pauh (semalam) membuka jalan bagi beliau untuk dipilih semula sebagai Ketua Pembangkang,” kata Lim dalam satu kenyataan.

Parti komponen Pakatan Rakyat (PR) – PKR, DAP dan PAS – telah gagal untuk bersetuju siapa menjadi Ketua Pembangkang selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan menjadi ahli parlimen pada 16 Mac.

Anwar dipenjarakan selama lima tahun pada 10 Februari selepas rayuannya terhadap tuduhan kedua mengenai liwat ditolak oleh Mahkamah Persekutuan

Malam tadi, Dr Wan Azizah memenangi PRK Permatang Pauh dengan majoriti 8,841 undi. PKR memperolehi 30,316 undi berbanding Barisan Nasional yang memperolehi 21,475 undi.

Presiden PKR berusia 62 tahun itu hanya 3,000 undi kurang daripada majoriti 11,721 undi dicipta Anwar ketika PRU 2013, walaupun hanya 74 peratus orang keluar mengundi.

Bagaimanapun, penganalisis politik memberitahu Malay Mail Online Dr Wan Azizah mungkin menghadapi tentangan daripada PAS dalam usahanya menggantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang berikutan percaturan politik di antara PAS dan sekutunya kini sudah berubah.

Tiada ulasan: