Khamis, 7 Mei 2015

Beli tanah 1MDB: Tabung Haji ada jawapan


Abdul Azeez Abdul Rahim Abdul Azeez Abdul Rahim
 
 
 
SHAH ALAM – Lembaga Tabung Haji (LTH) akan memberikan jawapan berhubung dakwaan pembelian tanah milik syarikat pelaburan kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang tersebar di media sosial, semalam.

Memetik laporan sebuah portal, Pengerusi LTH, Datuk Seri Azeez Rahim dipetik sebagai berkata, beliau telah mengarahkan pihak pengurusan Tabung Haji untuk mengeluarkan kenyataan.

“Saya dah suruh pihak pengurusan Tabung Haji mengeluarkan kenyataan sebentar lagi. Mereka akan jawab nanti…biar mereka selesaikan dahulu,” katanya.

Sebelum itu, melalui akaun Twitternya, Azeez menafikan dakwaan yang menyebut Tabung Haji akan membeli dua plot tanah Tun Razak Exchange (TRX) dari 1MDB dengan RM772 juta tunai.

“Tak betul. TH akan keluarkan kenyataan secepat mungkin. Terima kasih,” tulisnya menjawab pertanyaan pengikutnya di laman itu, semalam.

Beberapa blog telah memuatnaik dokumen-dokumen berkaitan pembelian tanah TRX dan mendakwa menggunakan wang pendeposit yang disimpan bukannya wang kerajaan

Tiada ulasan: