Rabu, 18 Mac 2015

Ku Li digesa sokong Pembangkang

 
Husam juga mengambil kesempatan yang sama untuk menggesa Ku Li turut menyokong usul yang akan dibawa pembangkang bagi menggutuk Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar berikutan penahanan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.


husam razeleigh2


PETALING JAYA: Kritikan lantang Veteran UMNO yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah terhadap kepimpinan dan kelemahan Perdana Meneri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi kesan yang lebih jika beliau menyertai Pakatan Rakyat (PR).

Itu pelawaan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa kepada Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li ekoran keberanian dan kelantangan pemimpin UMNO itu sejak akhir-akhir ini
sehingga memberi kesedaran kepada rakyat bahawa kepimpinan perdana menteri mempunyai banyak kelemahan.

“Jika rakyat Malaysia boleh percaya tentang betapa serius dan kritikalnya keadaan ekonomi dan politik negara seperti yang diucapkan oleh Razaleigh, apakah lagi yang mereka boleh harapkan dari Razaleigh?,” soal beliau menerusi satu kenyataan.

Sehubungan itu, Husam juga mengambil kesempatan yang sama untuk menggesa Ku Li turut menyokong usul yang akan dibawa pembangkang bagi menggutuk Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar berikutan penahanan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar selari dengan tindakan beliau sebelum ini yang acap kali mengkritik pentadbiran kerajaan.

Menurut beliau, Pakatan Rakyat dijangka akan membawa usul tersebut pada persidangan Dewan Rakyat hari ini (Rabu).

“Ia akan mencatatkan sejarah baru dan membenarkan kata-kata yang telah beliau ungkapkan semalam,” katanya.

Ku Li sebelum ini dilihat lantang mengkritik dan mempersoakan kedudukan ekonomi termasuklah jumlah hutang negara yang semakin meningkat di bawah pentadbiran Perdana Menteri.

Beliau merupakan salah seorang Veteran UMNO yang lantang mengkritik Najib dan kepimpinannya selain Tun Daim Zainuddin dan Tun Dr Mahathir Mahamad.

Tiada ulasan: