Friday, December 3, 2021

Polis tahan dua pengasuh

Dua pengasuh itu disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Kanak Kanak 2001. - Foto hiasan
Dua pengasuh itu disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Kanak Kanak 2001. - Foto hiasan

BAYAN BARU: Polis menahan dua wanita berusia 20-an bagi membantu siasatan berhubung kes membaling objek disyaki bungkusan mampat kepada bayi di sebuah taska di Bayan Baru, di sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal, berkata pihaknya menerima dua laporan sejak semalam, berhubung kejadian itu.

"Siasatan mendapati kejadian berkenaan berlaku pada 24 November lalu pada jam 6.45 petang di sebuah taska di Bayan Baru," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Kamarul berkata, dua pengasuh berkenaan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Kanak Kanak 2001.

No comments: