KUALA LUMPUR: Atas dasar prihatin, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi penangguhan bayaran cukai terhadap pembayar cukai dan majikan yang terjejas akibat bencana banjir.
Dalam kenyataan hari ini LHDN memaklumkan susulan penangguhan itu tarikh akhir bayaran Anggaran Cukai Kena Dibayar (CP204) bagi Disember ini dilanjutkan hingga 31 Januari depan, manakala bayaran ansuran siasatan, audit, pungutan, guaman sivil bagi Januari depan ditangguhkan hingga Februari.
Tarikh akhir bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) atau CP38 pekerja bagi bulan saraan Disember ini pula dilanjutkan untuk diremit hingga 31 Januari depan berserta bayaran baki cukai dibenarkan penangguhan hingga ke suatu tempoh yang dimohon oleh pembayar cukai.
Sementara itu pembayar cukai dan majikan yang terjejas perlu mengemukakan permohonan penangguhan bayaran itu melalui e-mel dan borang maklum balas yang boleh dicapai di portal rasmi LHDN dengan disertakan dokumen sokongan.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada LHDN melalui talian
'Live Chat' dan borang maklum balas di portal rasmi. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment